Selasa, 22 Disember 2015

Figure Drawing - Artist Perlu Ada Sifat Menunjuk.

Salah seorang peserta.

Iye, kakinya memang halus dan nampak sebelah saja. Trust me.
Satu sesi figure drawing telah diadakan di ASWARA hari ini bersempena festival (?) SAT - Seni Akhir Tahun. Sesi ini dianjurkan oleh Fakulti Rekaan Komunikasi dan Visual dan disertai oleh
pelajar-pelajar ASWARA sendiri, UNISEL dan MSU.

Dan aku pun melibatkan diri untuk sama-sama melukis. Bukanlah nak melatih skill sangat. Skill dah memang tahap tepu dan kureng boleh improve. Nak melatih confidence. Sudah lama tak melukis di khalayak ramai.

Teringat beberapa minggu lepas duduk dalam majlis cakap-cakap bersama Saiful Nang. Betapa tuan Saiful mengisahkan zaman art studentnya yang sering melukis di khalayak MMU (secara tak sengaja barangkali) dan sering juga mendapat perhatian.

Pengalaman yang sama juga aku tempoh ketika melukis di tasik Shah Alam dulu. Walaupun tidak ramai yang datang menjenguk, tapi seorang dua yang usha dari jarak dekat tu dah kira menerujakan jugak. Artist perlu ada sifat menunjuk. Sebab kalau artist lukis-lukis dan simpan, memang tak wujudlah art gallery dan aprisiasi seni.

Beberapa kali jugak ada masa ketika dalam bilik di hostel dan kawan tak berapa kenal masuk nak 'pinjam' gula atau cerek. Ada nak 'rampas' gitar atau tumpang mandi. Maka mereka tersinggah menjeling lukisan dan artwork aku. Setelah mula kebas kaki mereka akan beransur sambil keluar statement "Nampak mudah betul kau buat, conteng-conteng je jadi,"

Aku kembang sikit-sikit.


The original version direct from my sketch book.

Kenapa nak di enhance sketches? Sketches seharus jujur dan telus !




Tiada ulasan:

Catat Ulasan