Sabtu, 5 Oktober 2019

ANIFEST 2019


Pejam celik sedar tak sedar pameran animasi tempatan ini dah masuk kali ke 5 penganjurannya. ANIFEST 2019 ini dianjurkan oleh ANIMAS dan ASWARA (tahun ini saja). Networking dan sokongan terhadap ANIFEST semakin meriah, kali ini menyaksikan penglibatan 26 IPT tempatan dan satu dari IKJ Jakarta!

ANIFEST merupakan satu event yang mengumpulkan pengiat animasi, komik dan kartun. Sememangnya ketiga-tiga profession ini senang untuk saling tindih menindih. Apa yang kurang, atau belum ada, adalah sokongan dari big players animasi tempatan. Upin Ipin, Boboiboy, Agen Ali, Didi & Friends TIDAK ada di sini.

Mungkin ada benar kata Metro Man "There's a Yin for every Yang," Bila nama-nama besar tidak ada, kita nampak talent lain. Raw, young and powerful. Sangat menerujakan. Pusing-pusinglah, ada saja mamat mana ntah dengan drawing yang kuat, character design yang menarik. Ada saja senyuman passionate dan sembang penuh cita. Mungkin dikalangan mereka akan satu hari menjadi international IP creator kita tak tahu.

Tapi amat bagus kalau ANIFEST selepas ini boleh menjadi medan show off talent dan tapak sembang future collaboration. Aku rasa bagus idea aku!