Khamis, 31 Disember 2015

Artikel Romantis Hujung Tahun 2015

Artikel ini ditulis pada hari penghabisan tahun masehi dan pada hari penghabisan cuti seminggu aku. Dengan ter-upload-nya entry ini maka keseluruhan posting tahun ini adalah sebanyak 58 artikel. Tahun terbanyak posting. Tahun terbanyak sebelum ini adalah pada 2012 sebanyak 57 posting.

58 posting setahun dah terlebih bagus bagi aku.

farizghazali.blogspot yang bermula kembali pada tahun Ogos 2011 kini mencecah 4 tahun dan telah lalai dari matlamat asalnya. Blog pertama, juga farizghazali, bermula sekitar 2008.

Dan tahun 2016 bermula dengan layout baru yang tidak menggunakan templet blogger. Sikit-sikit dah pandai. Semoga lebih banyak artikel membantu orang selepas ini.

Header dari blog lama. Lupa lak nak printscreen layout
blog lama. Sayang..

Rabu, 30 Disember 2015

Booking.com: Berhati-Hati Kes Seumpamanya

Careful when dealing online. Ditulis pada 30.12.2015.

Kami bercuti ke Putrajaya 21hb Dec yang lepas. My wife booked a room at JW Marriott through boking.com.  Dijanjikan dalam Jolly Holiday Package, percuma 4 tiket ke District 21, tiket 6D movie, tiket 3D movie, night tour ke Putrajaya dan shuttle bus ke IOI Mall sebelahnya.

Kami pada asalnya memilih Ice Scape Adventure Package. Harga dalam RM 354 lebih kurang.Tapi kami batalkan dan pilih Jolly Holiday Package atas sebab tawaran menarik tiket percuma ke District 21 untuk 4 orang itulah.

Malangnya bila check in di JW Marriott, Putrajaya...,

Selasa, 29 Disember 2015

ENLIGHTEN Model 402

Ditulis pada 29.12.2015

Ni yang kecik kecik punya. sekali lagi, bende ni murah dan kualitinya bersesuaian dengan harga.
Kalau ke youtube, please subscribe. Hehehe.

Jumaat, 25 Disember 2015

Enlighten 817 Combat Series Time Lapse

Ditulis pada 25.12.2015

Ini salah satu dari kotak yang besar-besar diorang ada. Seronok Enlighten Bricks ni. Hampir sama dengan kualiti Lego. Hampir, tapi masih tak dapat sama. At times sambungan nya macam tak mantap. Tapi sebab harga dia jauh lagi murah, maka aku OK je.

ENLIGHTEN 903 - Fire Rescue - Unboxing & Time Lapse

Plan, record, edit dan upload hari ni jugak. Tengah in mood.
Hari ini adalah 25.12.2015.

Khamis, 24 Disember 2015

Lagu Percuma Di Youtube, Muzik Gratis !

Sketches of Haiya BidDoa Idea Development

Biasa kita upload video di youtube. Lagu background yang dipakai dipinjam dari lagu orang lain. Perkara seperti ini akan menghalang anda mendapat advertisement payment dari Youtube sebab copyright infrigment.

Jadi kenalah pakai lagu yang royalty free. Royalty free bermakna bayar sekali dan pakailah beberapa banyak kali pun takpe.

Atau pakai lah yang percuma terus.

The best is yang Youtube sendiri sediakan. Di link bawah ni.

https://www.youtube.com/audiolibrary/music

Muzik gratis di youtube.

Rabu, 23 Disember 2015

Figure Drawing @ ASWARA III

The actual model modeled for 20 minutes plus. Moving around was not really an option because space was tight. So I drew the artists around me..

Figure Drawing @ ASWARA: Apa itu Restating Lines

Restating Lines Yang Mengganggu Form.
Maka telah dipadam sedikit sebanyak digitally.

Original sketches Ball Pen on 160gm A5 paper.

Restating Lines. Satu terma atau phrase atau terminology yang aku tak pernah dengar masa belajar dulu. Tapi aku pernah ditegur dan diajar, cuma phrase restating lines itu tak disebut.

Final drawing presentation flashback 20 tahun lampau. Seorang pensyarah tarik aku keluar setelah

Selasa, 22 Disember 2015

Figure Drawing - Artist Perlu Ada Sifat Menunjuk.

Salah seorang peserta.

Iye, kakinya memang halus dan nampak sebelah saja. Trust me.
Satu sesi figure drawing telah diadakan di ASWARA hari ini bersempena festival (?) SAT - Seni Akhir Tahun. Sesi ini dianjurkan oleh Fakulti Rekaan Komunikasi dan Visual dan disertai oleh

Selasa, 15 Disember 2015

The great book of The 100-Year-Old Man Who Climbed Out of the Window and Disappeared

This would be my longest article title in my blog. I am not to be blame because the book itself is titled The 100-Year-Old Man Who Climbed Out of the Window and Disappeared. It would be nicely translated as Seorang Atuk Berumur 100 Tahun Yang Telah Panjat Keluar Dari Tingkapnya Dan Terus Hilang. Written by Jonas Jonasson or Jonas Jonas Anak.

OK. Let's go ! I took a deep breath and 10 days later, I was glad I took the challenge.

Isnin, 14 Disember 2015

Smartphone Icon

http://www.flaticon.com/free-icon/smartphone-iphone_13398

Icons made by Freepik from www.flaticon.com             is licensed by CC BY 3.0

Icons made by Bogdan Rosu from www.flaticon.com             is licensed by CC BY 3.0

These kind of icons can be downloaded free at those links. Thanks to flaticon.com.

Ahad, 13 Disember 2015

Jumaat, 11 Disember 2015

Lego Character

These are not Legos. These are China made lego like character. But Lego is so strong, the brand is now a 'common object'. Any blocks related toys is a LEGO.

Pictures & Model by Fahad Fariz (8)

Khamis, 10 Disember 2015

Why Do We Sketch ?

Mesin yang mengeluarkan air kopi, nescafe, milo dan teh taik secara percuma.

Why do we fall master Bruce? Tanya orang tua Alfred pada budak kecil itu yang suatu hari nanti akan menjadi Batman !!

We fall to learn to pick ourselves up. Jawab orang tua yang bertanya itu semula. Sambil mendukung Bruce yang tadi terjatuh. Ke itu bapak Bruce yang cakap ? Aku tak ingat rentetan movie tu.

Maka why do we sketch ?

Aku pun tak tau. Tapi aku sketch kerana..

School Boy Illustration

Rabu, 9 Disember 2015

The 100-Year-Old Man Who Climbed Out of the Window and Disappeared

Aku baru habis baca buku ni - The 100-Year-Old Man Who Climbed Out of the Window and Disappeared. Tulisan Jonas Jonasson. Kalau korang layan Forest Gump, ini ala-ala Forest Gump. Tapi atuk Allan Karlson lagi ting-tong dan jauh lagi weng dari Forest Gump.

Disyorkan untuk membacanya, walaupun tebal, menarik. Adalah juga disyorkan diprint peta Sweden dan negara-negara jirannya. Lagi baik kalau ada google map depan anda. Bukan lah kemestian untuk memahami cerita tapi nak layan lebih.

Tak nak spoil apa-apa (sebab kebelakangan ini aku tak minat tunggu trailer, aku lagi suka masuk tengok wayang tanpa ada pengatahuan sikit pun) takut tercerita banyak.

Ahad, 6 Disember 2015

PerempuanTua Di Kedai Sup: Aku Berbulu

Ini bukan book review. Ini rasa berbulu.

Setelah hampir 40 minit aku pusing dua baris rak itu berkali kali, akhirnya aku capai buku ni dan satu lagi kat rak buku English dan terus ke counter.

Aku start tahun ini dengan peningkatan pada azam tahun sudah. Peningkatan drastik. (Aku berazam ikut kiraan hijrah, jadi baru Safar masa aku beli ni.) Aku berazam nak baca 12 buah buku. Tahun lepas azam aku 1. Dan tahun lepas aku habis 1 setengah.

Jadi aku ke kedai buku MPH untuk "beli je dulu". Dan ntah kenapa aku beli buku ni, Jangan tanya kenapa. Serius jangan.. Cover dia tak menarik. Menarik la, cuma lukisannya terlihat agak muda. Mentah. Anak baru belajar melukis. Tapi ada bakat. Siapa artist-nya aku tak tau. Dan mula-mula aku baca, aku ingat tajuk dia PerempuanTua Di Kedai Sup Petak Daud. Aku tak ternampak pulak design ini memisahkan Petak Daud dengan tajuknya. Salah aku. Maybe salah Petak Daud sebab namanya tak macam nama melayu lain. Sup Petak mungkin resepi.

Nak kata mungkin sebab tajuk menarik, 5 tahun kebelakangan ni tajuk buku dah menarik dan santai. Local dan bertelo. Ber-telo bukan bertelur. Berloghat. Sesantai tagline company melayu dan produk langsing badan.

Dan setelah dibelek aku nampak logo publishernya Dubok (Dubook) Ceritera kekurangan C di situ. Apa dah..

Tapi aku berbulu sebenarnya sebab dia tak letak, bukan saja di kulit, tapi dalam-dalam pun, apa-apa indication yang buku ini adalah himpunan cerpen senarnya.!!

Aku juga berbulu dengan style simple penulis yang tak masuk deep sangat pasal watak fizikal character. Kadang-kadang aku tak tau laki ke perempuan ke sampai nak habis cerita.

Himpunan cerita ini juga merupakan himpunan cerita kosong. As what the pendahuluan said. At times open ending. Kadang-kadang takde start takde habis. Sangat award winning short film punya style.

Aku angkat mata juga bagaimana sepanjang cerita ini perihal hisap ganja dan mabuk arak ditulis sepintas lalu bagai tak berdosa. Macam kita tengok orang hisap rokok tak tegur: macam tak berdosa. Macam kita tengok peha gebu dan seluar ketat.

Aku kerut dahi sikit bila cerita dalam ni lebih dari ganja dan mabuk tadi.

Aku berbulu memikirkan anak-anak remaja yang terbaca naskah ini dan merasakan hisap ganja dan mabuk arak adalah senormal peha gebu dan seluar ketat.

Aku berbulu mungkin sebab aku tak biasa dengan penulisan Petak Daud. Aku rasa seram sikit-sikit memikirkan masa depan seni penulisan. Seni lakonan dah lama evil. (Senyum.) Publisher indie, sama jugak dengan bidang musik, juga filem dan duco, akan keluarkan benda-benda against the grain dan tongkah arus. Tak pulak aku aware berapa banyak buku semacam ini dalam pasaran. Mungkin satu hari terdekat, government kena ada lembaga penapisan buku dan rate kan buku. Supaya innocent young children tak terbaca bukan-bukan. Cukuplah diorang tengok yang bukan-bukan kat tv.

Kalau nak beli buku mamat ni, belilah dengan hati terbuka dan bukan dengan mindset keyboard warrior kat facebook.

Aku sebenarnya teruja dalam berbulu.

Selasa, 27 Oktober 2015

Inktober Started In The Year..

..two thousand nine. Macam leceh pulak cari fakta ni dari google. Meneruskan..

Zahin tertidur petang itu kat meja makan. Aku lukis sambil layan-layan Zaganos.

#Inktober ni sebenarnya direka oleh encik Jake Parker, seorang illustrator luar negara. Aku tak kenal dia. Baru tau sebab ada inktober hal ni. Al-kisah Encik Jake Parker nak

Rabu, 21 Oktober 2015

Monster Muncul

Pertama-tama kalinya atas Cintiq.

http://farizghazali.deviantart.com/art/Monster-567419363

https://plus.google.com/+farizmghazali

Isnin, 5 Oktober 2015

Pameran Karya Lat

Financial Lateracy atau dibahasakebangsaankan menjadi LATerasi Kewangan. Menarik.

Tengahhari tu aku sempat bersembang dengan Pak Hassan Muthalib dan petang tu aku dijemput ke opening Financial Lateracy di Sasana Kijang Bank Negara. Takde kene mengena dengan aura Pak Hassan.

Lat punya exhibition. Pameran koleksi karya dato Lat. Kata member cuba menerangkan. Lat aku tau, kau pun tau. Tapi Lateracy tu amende ?

Jom: Lat's cutout.

Takde sapa pun kawan kawan aku boleh jawab sebab aku pun tak tanya sebetulnya. Cuma aku paham selepas opening event tu, LATeracy tu adalah..

Jumaat, 25 September 2015

Turning Off Digi Caller Ring Tone

Turning off your caller ring tone is a problem. Yep, surf digi website for answers and you would not get one. Why would there be one? They'll make no money out of it.

So just dial CT STOP <ID lagu> and send to 20000.

or

CT OFF <ID lagu>

Since i got my ID Lagu from youtube, I went back for it.
But after sending multiple request over a few months, the caller ring tune still there.

I sent CT OFF and CT STOP both didn't work. So I call Digi customer service.
And it worked just fine.

Was it RM 2 per month ?

Technical support sent me this.

Rabu, 23 September 2015

Digi Customer Service

Kalau korang call Digi Customer Service atau Digi Helpline atau Digi Khidmat Pelanggan.., press 4 then 0 untuk "bercakap dengan pegawai perkhidmatan kami"

Kalau tak korang akan tunggu selama 2 minit 28 saat untuk dapat tekan option tu. Slow.. Lepas tu ada pulak pemberitahuan "perbualan anda mungkin akan dirakam untuk membantu kami.." which will last another 15 20 seconds kot.

Ingat, tekan 0 lepas tu 4 untuk cakap dengan manusia.

Last sekali aku dapat info, digi Helpline still free. Tak tau la.. Tapi apps dia free.

Jumaat, 11 September 2015

Games Art Logo

LOGO DESIGN

Boleh tak cecah 31K tahun ni ? 800 lagi?

Press Any Key To Start

Isnin, 3 Ogos 2015

Penang Street Art: Aktiviti Cuti Sekolah

If you read english and not Bahasa Melayu, you might want to go here:

http://farizghazali.blogspot.my/2015/07/penang-street-art.html

Penang Street Art. Kat Armenian Street. Aktiviti cuti sekolah bagi mereka yang seronok dengan bende art tak art ni dan yang seronok peluh tak peluh. Beberapa tips dan cerita nak dikongsi. Artikel ini ditulis pada 3hb Ogos 2015.

1. Terletak beberapa km dari padang kota, area ni area rumah kedai lama yang 20% nya telah berubah bisnes kearah bisnes pelancongan. Hotel, batik shop, cenderahati dll.

2. Pergi awal. Parking susah. Parking rate kat lapangan parking persendirian adalah RM5 sekali masuk. Parking tepi jalan kena pakai kupon kot.

3. Ada map percuma. Pandang-pandang kedai dan gerai dan tapak jualan cenderahati. Diorang boleh bagi map percuma. Tapi aku dapat map lama hari tu. Bila aku mintak mamat ni tengokkan baru dia perasan map tu map lama.

4. Sewa beca. Rate dalam RM35 satu jam. Sebab tempat artnya agak bersepah dan bukan setempat, apek beca lagi fasih. Kuranglah masa terbuang kerana terkial-kial baca map. Basikal dalam RM8 dan yang berbakul depan dalam RM10. Ah-so yang aku sewa tu kasik pakai sampai jam 2 atau 3 katanya. 3 - 4 jam jugak la. Aku berbasikal sementara anak dan isteri berbeca.

Kepelbagaian basikal.

Bukan selfie, bukan membaca - mengambil gambar.

5. Beca atau basikal custom made ni agak mahal. RM80 for two hours. Ada yang kecik sikit RM60 for two hours. Mahal ! Tapi memandangkan bende ni unik dan ramai keluarga ambik, kena lah book awal. Call atau datang awal. By the time kami nak cari, dah jam 11 pagi, dah habis.

6. Bawak air meneral. Camera make sure charged full.

7. Ada masjid berdekatan untuk solat.

8. Selamat berchuti !

sekian.