Ahad, 27 November 2011

1433 Hijrah

Muharam - tahun baru. Ingat.
Rejab, Shaaban.. ingat.. sebab dah dekat puasa.
Ramadhan? Setiap hari sedar.
Berapa haribulan? 11.
Berapa? 13..
Setiap hari sedar dan sentiasa sedar.
Syawal? Ingat. Raya berapa haribulan. 14 Ogos.
Raya 1 Syawal la..
Zulhijjah? Ingat. Sebab Raya haji.
Eh.. ke Zulkaedah?
Zulhijjah la..
Eh.. ye ke?

Selamat menyambut tahun baru hijrah. Download takwim di sini.


Rabu, 23 November 2011

Harimau Muda Punca Diabetik


Kelmarin, pasukan Harimau Muda Malaysia telah berjaya memenangi pingat emas dalam sukan SEA di Jakarta. Berkalung tahniah. Kemenangan kedua dalam masa setahun di depan penyokong tuan rumah yang membenci segenap kita, amatlah manis. Keterlaluan sehingga menyebabkan diabetik pada seluruh rakyat Malaysia.

Tak lengkap cerita tanpa menyebut nama Khairul Fahmi dan Baddrol Bakhtiar.

Bagi menokok manis kemenangan ini, aku pun mencari lah sesawang utusan dan tulisan dari Indonesia pagi esoknya. Cerita dan berita. Banyak akhbar online Indon tidak melaporkan kekalahan. Atau belum melaporkan. Eh, tapi aku melayari internet sudah jam 8 pagi semalam. Takkan tak lapor lagi? Mungkin dilewatkan atau dimalaskan. Kalah.. buat apa nak cerita..? kan.

Tapi apa yang menarik adalah tulisan orang Indonesia. Bahasa Indonesia. Yang jauh telah mendahului Bahasa Malaysia dalam perihal dipengaruhi bahasa inggeris. Ya, bahasa kita juga banyak dipengaruhi atau dicemari bahasa penjajah itu. Tapi belum lagi keterlaluan. Pengaruh bahasa lain memang tak salah.. tapi ini sudah menceduk tanpa maruah, bukan lagi pengaruh. Aku takut esok-esok kita akan jadi macam ni. Tak jauh. Lagi 5 tahun, kita akan jadi se'baik' bahasa Indonesia.

Suporter dan kiper, Grup dan medali emas. Mengeksekusi, grogi, filisofi, pengekstrekdasi.. dan ntah apa lagi yang ngeri.

Aniwey, if tidak keful, bahasa kita wil tercemar like thet dalam fyucher terdekat. Bilifmi!!.


Jumaat, 18 November 2011

Alamak! Badai Semalam..


Alamak..! Badai Semalam..! Hampa. Pelakon OK. Lebih dari OK. Tapi setakat tu je. Yang lain-lain semua mengecewakan dan tak tertaraf istana budaya. Dua perkataan penting: Istana dan Budaya..


Khamis, 17 November 2011

Storyboard - Semangat Tuah


storyboard should convey not only the story but also the movement, pose and most importantly the feel.

Storyboard - Semangat Tuah


storyboard should convey not only the story but also the movement, pose and most importantly the feel - which, lacks in my drawing.