Isnin, 22 Ogos 2016

Hassan Muthalib: Sejarah Animasi Malaysia Bermula

Hassan Muthalib bukan rekaan tapi betul-betul kejadian.

Hari itu aku duduk bersama Hassan bin Abdul Muthalib selama 3 jam setengah !! Selesai proses ‘temuramah mengejut’ itu aku terpaksa sun-bathe kat luar. Sejuk duduk dalam aircond lama sangat.
Beberapa tahun lepas aku pernah, dalam satu majlis keramaian, menerangkan pada kawan dan jiran bahawa Hassan Muthalib adalah ‘orang betul’ dan bukan sekadar fictional character dalam cerita Mamat Khalid. Kami sedang bercerita pasal Hantu Kak Limah Balik Rumah (ke Zombi Kampung Pisang? Ke Estate? Cerita Mamat Khalid aku tak dapat nak bezakan) dan intronya melekeh-lekehkan Hassan Muthalib.
Hassan Muthalib bukan rekaan dan kesamaannya bukan tidak disengajakan. Dia itu memang wujud kata aku.
Dalam Estet gambar Hassan Muthalib digantung tinggi dan tengah.
Ini film language atau ini menganjing ?

A quick check: Betullah Hassan Muthalib dipermainkan dalam filem Hantu Kak Limah
Balik Rumah. Akrabnya Hassan dan Mamat.

Pak Hassan merupakan seorang film critic tempatan. Beliau juga merupakan seorang juru animasi Filem Negara Malaysia zaman-zaman 'animasi' belum boleh orang kebanyakan sebut tanpa terbelit lidah. Zaman perkataan ‘animasi’ itu hanya merujuk pada animasi 2D. Tiada istilah 3D dan tiada istilah komputer pada orang awam Malaysia. Pak Hassan antara pelopor dunia animasi Malaysia. Sesuailah jolokan Bapa Animai Malaysia pada Pak Hassan. Cerita ringkas Pak Hassan bermula di Robinson’s Department Store, kemudian Filem Negara Malaysia dan akhirnya mengarah filem animasi Silat Lagenda. Beliau juga pernah mengajar di beberapa institusi tempatan termasuk di Aswara. Selain seorang pengkritik filem, beliau sering terjemput memberi talk dan membentang paper ke University dalam dan luar negara.


Pak Hassan juga sedang menyiapkan bukunya 'From Mouse Deer to Mouse: 70 Years of Malaysian Animation.' Tajuknya, saya difahamkan telah berubah dari 60 Odd Years of Malaysian Animation History ke 65 years dan kini 70 years. Penulisan dan pengumpulan data telah berjalan selama 10 tahun. Projek Malaysia Animation Oral History ASWARA ini pun terilham dari kerja penerbitan buku Pak Hassan yang diamanahkan pada aku.
Cerita hidup Pak Hassan adalah satu skrip success story yang tipikal. Dari takde ape menjadi orang berguna. Dilahirkan di Alor Setar, Kedah, November 1945, Pak Hassan dibesarkan dan mendapat pendidikan awal di Pulau Pinang. Bapanya berniaga makan kecil-kecilan hinggalah satu ketika mempunyai sebuah restoren di Guar Chempedak pada tahun 1964. Malaysia Restaurant namanya. Merupakan anak sulung dari 8 orang adik beradik yang terdiri dari 5 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Hanya beliau seorang yang berkecimpung dalam bidang seni. Bakat yang dikatakan datang dari belah ibunya.


Signboard kedai bapa kepada Hassan Muthalib. His first 'commercial job'
Menariknya, signboard kedai makan milik bapa kepada Pak Hassan ini dibuat sendiri oleh Pak Hassan. 'Commercial Job'nya yang pertama katanya berseloroh. Signboard itu merupakan kerja tangan 100%. Fully hand painted. Dan dilakukan tanpa ada pengalaman apa jua sebelumnya. "I still wonder today: How I manage to do it. That was in 1964, one year after leaving school," kata Pak Hassan. Di kedai ini jugalah Pak Hassan bekerja sebagai pelayan dan cashier. Pastinya pakcik-pakcik dalam gambar itu tidak sangka pelayan kedai ini nanti akan jadi animator perintis apatah lagi digelar Bapa Animasi Negara. Mana nak sangka, sedang animator tu ape pun orang tak tau masa tu. Aku rasa Pak Hassan pun tak tau animator tu ape masa tu.

Pak Hassan claim dirinya tidak pandai melukis. Tiada bakat dan tiada formal education, namun, Pak Hassan tekun berusaha dan belajar sendiri.
Aku bukan tak mahu menulis panjang satu persatu kisah hidupnya, tapi itu semua akan ada dalam buku yang akan terbit kelak. Lagipun kalau aku menulis semuanya sekali gus, artikel ini akan menjadi setebal buku. Maka untuk waktu ini, aku lebih berminat untuk kongsi hanya beberapa skop hidup Pak Hassan yang aku rasa menarik dan patut mengambil pengajaran darinya.

Membaca
Seseorang yang, setelah selalu berkuliah dan berguru, akan mengutamakan solat sunat witir saban hari kerana melalui pembacaan dan majlis ilmunya tahu kepentingan dan manafaat solat witir. Satu orang yang, setelah jenuh berusaha siang malamnya namun gagal dalam pertanian, akan berpendapat pertanian itu satu kerja susah.
Pendapat seseorang biasanya akan lahir dari ilmu, iman dan pengalaman. Ilmu dan iman biasanya datang dari berguru. Dan buku adalah guru yang tak pernah jemu. Kata orang, you are what you read. Betul dan betul jugak.

Ketika di darjah 5 dan 6 Special Malay Class, Hassan telah ke Westlands Primary School. Di sini beliau mula minat membaca buku cerita. Kebanyakkan bahan bacaannya ketika itu terdiri dari buku cerita dan komik dari England. Dandy dan Beano antara favouritenya. Westlands Primary School merupakan sebuah ‘sekolah inggeris’ dan bahan bacaan dibawa masuk terus dari England. Hassan juga mengisahkan perihal salah seorang gurunya yang sering bercerita (antara yang diminati adalah cerita The Monkey God) dan ini juga menyumbang kepada minat membacanya.
Sekolah Hassan (dari tadi telah aku drop-kan title ‘Pak’ agar bunyinya everlasting dan ‘hidup sepanjang zaman’) juga sering menayangkan filem. Setiap tayangan dikenakan tiket 5 sen. Tayangan ini dibuat dalam dewan menggunakan 16-inch projector, satu kebiasaan pada sekolah-sekolah rendah yang trendnya berlarut hingga ke era aku tahun 80an. Hassan sangat suka menonton filem dan mengambil setiap peluang yang ada. Berasal dari keluarga yang miskin, 5 sen merupakan satu harga tinggi dan menonton filem bukanlah satu keperluan. Maka, Hassan sanggup jadi tukang “on dan off lampu” untuk dapat tengok secara percuma. Di sini dia mula mengenal cerita-cerita Charlie Chaplin dan Laurel and Hardy. Dalam berpuluh tayangan pernah ditontonnya, satu tayangan yang memberi kesan pada beliau adalah satu filem dari Malayan Filem Unit (itu nama asal Filem Negara Malaysia) iaitu Hassan’s Homecoming arahan Mohd. Zain Hussain. Filem ini merupakan satu docudrama. Pada ketika itu, Hassan tidak sangka satu hari nanti dia sendiri akan bekerja di Filem Negara Malaysia dan Zain Hussain akan menjadi mentornya. Minat membaca Hassan Muthalib dan penontonan filem di sekolahnya merupakan antara faktor terputik minatnya ke arah seni tampak dan penceritaan (story telling).
“Bila saya bekerja di Filem Negara, itulah filem pertama yang saya nak tengok,” kata Hassan. Dalam satu penulisan nya, Hassan Muthalib telah mengangkat Zain Hussain sebagai seorang pengarah perintis filem dokumentari negara.

https://www.facebook.com/notes/hassan-abd-muthalib/perintis-dokumentari-negara/10203330935928637/
link ke artikel tulisan Hassan Muthalib
Minat membaca Hassan juga telah menjadikan dia seorang yang pandai berbahasa Inggeris. Sehinggakan Guru Inggeris sekolahnya segan pada Hassan yang menguasai lebih banyak kosa kata. Ketika di sekolah menengah Georgetown, Hassan menjadi lagenda (in his own words) kerana, dalam peperiksaan akhir tingkatan 5, Hassan telah gagal dalam 7 mata pelajaran tetapi mendapat A1 dalam Bahasa Inggeris. Seperti kebanyakkan orang, minat membacanya tidak meliputi buku-buku sekolah.


Hassan mengaku dia tidak cemerlang dalam pelajaran. Dia gagal sekali dalam peperiksaan tingkatan 3 dan juga gagal dalam peperiksaan tingkatan 5. Equavelent PT3 dan SPM sekarang ini. Tapi ini tidak bermaksud dia benci ilmu. Hassan sangat suka belajar, cumanya dia suka belajar apa yang dia nak belajar. Dia baca apa yang dia nak baca. Pembacaan telah membawa arah minat Hassan ke bidang astronomi, geologi dan botany (ambik kau !). Begitu sekali sifat suka ilmu, Hassan tanpa sedar telah membuat buku catatannya sendiri dalam bidang-bidang ini. Apa yang dibaca akan dicatat dalam scrap booknya. Malah dia juga melukis dan paint menggunakan water colour gambar-gambar berkenaan penulisannya. Walaupun tidak pernah menuntut ke tahap universiti, apa yang dibuat Hassan sebenarnya merupakan cara pembelajaran tahap universiti.
Ketika bersekolah menengah juga Hassan, kerana minat membacanya, telah berdaftar menjadi ahli perpustakaan United States Information Service (USIS). USIS terletak di Jeti berdekatan pelabuhan Pulau Pinang, kira-kira 8 batu dari Jelutong. Bas mengenakan tiket 5 sen. Hassan tidak mampu. Maka dia berjalan kaki setiap kali ingin membaca. Namun 8 batu bukanlah jarak yang dekat. Hassan agak susah untuk terus istiqamah ke perpustakaan. Namun, satu hari Hassan terbaca buku biografi Abraham Lincoln. President Amerika Syarikat ini pernah berjalan sejauh 18 batu untuk membaca ketika zaman mudanya.
“Bila kita ambik motivasi dari orang-orang hebat, kalau tak banyak, sikit mesti kita dapat hebatnya,” jelas Hassan, kali ini merenung aku tajam memastikan aku tidak sekadar mangangguk kosong.
Cerita Abraham Lincoln ini menjadi inspirasi kepada Hassan untuk terus gigih ke perpustakaan USIS. Kebanyakkan buku-buku di USIS ini gambar-gambarnya cantik-cantik dan Hassan banyak membaca buku photography dan painting. Anak-anak post-internet mungkin sedang kerut dahi bingung, tapi zaman itu, gambar dan illustrasi hebat tidak mudah di google dan tak masuk dalam smartphone kita saban hari. Aku sendiri cukup seronok membelek majalah National Geography langganan abang aku, atas sebab yang sama.
Malaya's Premier Department Sotre

Hassan beberapa tahun selepas tamat sekolah telah berhijrah ke Kuala Lumpur dan bekerja di Robinson’s Department Store. Dipendekkan cerita, ketika beliau mula-mula mendapatkan sebuah kamera, beliau telah membaca berpuluh-puluh buku fotografi untuk belajar dan mengasah skillnya. Natijahnya, Hassan terkenal dikalangan kawannya kerana kepandaiannya mengambil gambar.
Kata bidalan membaca itu gedung ilmu amat tepat dalam kes hidup Hassan Muthalib ini.







Meniru
‘Good artist copy, great artist steal,’ kata Steve Jobs. Meniru adalah satu perkara yang A Big No ! dalam pendidikan. Sejak dibangku sekolah, perbuatan meniru adalah dilarang sama sekali. Namun saya sering menggalakkan pelajar saya meniru. Tiru dalam niat mahu belajar. Tiru, ubah dan adaptasi. Bukankah animasi itu adalah proses meniru dari pergerakan sebenar? Perhatikan kebanyakkan kalau tidak semua ciptaan manusia- semuanya adalah satu peniruan dari rekaan sebelumnya. Satu improvement dari previous design. Dan previous design itu adalah tiruan atau rujukan dari alam. Malah, mencipta tanpa merujuk itu hanyalah hak Allah. Tetapi yang membezakan antara meniru dan mengambil inspirasi itu adalah citation dan penghargaan pada sumber asalnya.
Hassan Muthalib mengunjungi USIS hampir setiap minggu kerana ingin membaca Majalah Saturday Evening Post, yang merupakan majalah paling diminatinya. Sebabnya mudah - kulit majalah ini amat cantik. Majalah ini diterbitkan setiap minggu dan illustrasi pada kulit majalah ini dilukis oleh illustrator hebat US dan antara yang Hassan minat adalah illustrasi dari Norman Rockwell, Stevan Duhanos dan John Clymer. (Gambar di atas adalah illustrasi Duhanos dan Rockwell)


Ramai yang tak kenal Norman Rockwell tapi saya
pasti ramai yang tahu karya dia ni.
Hassan juga selalu meminjam buku-buku berkenaan painting. Gambar painting-painting dalamnya sangat menerujakan Hassan dan dia mula melukis kembali dengan meniru gambar-gambar painting artis-artist hebat itu. Secara tak langsung, dia telah belajar melukis dari mastero dan artist-artist tersohor ini. Bakat lukisan Hassan tidak menyerlah semasa di sekolah. Dia hanya mendapat P7 dalam penilaian tingkatan 5 dan pernah sekali dalam buku rekodnya cikgunya memberi komen ‘tahun depan jangan ambik lukisan.’
Selain meniru dari buku, Hassan menyebut Cikgu Chong Woon Khuan sebagai antara orang yang awal yang memberi dorongan padanya. Cikgu Chong yang nampak minat Hassan telah memberikan dia kertas dan cat air bagi memangkin minatnya. Malah Cikgu Chong juga telah mengajar dan guide Hassan melukis.

Antara painting besar hasilnya: Snow landscapes paintings
untuk perayaan Hari Natal.


Juga antara painting besar hasil tangan Hassan.

Ketika di Robinson’s Department Store, Hassan bertanggungjawab untuk melukis catan menurut tema yang diberikan. Saiz karyanya berbeza antara satu display ke satu display yang lain. Ada setinggi 50 kaki, 20 kaki dan ada sekadar 8 kaki. Satu ketika, Hassan telah diberi brief untuk melakar semula Snow White & The Seven Dwafts. Kerja ini sebesar 95 kaki lebar dan 5.5 kaki tinggi (wow !) untuk diletak di dinding utama bagi perayaan Krismas 1967. Dari awal ke hujung adalah seluruh kisah Snow White & The Seven Dwafts. (Pak Hassan menjanjikan akan tunjuk aku gambar ni kelak.) Maka Hassan mula merujuk pada buku untuk mendapatkan hasil lukisan terbaik.

Dokumentasi
Robinson’s Department Store terletak di Mountbatten Road sekarang Jalan Tun Perak. Dan sebelum dikenali sebagai Mountbatten Road, ianya Jalan Jawa sehingga 1946. (Sekadar fakta menarik aku ter-wiki) Robinson’s merupakan gedung membeli-belah pertama Kuala Lumpur.
Department Store pertama KL menurut sejarah.
Antara tugas harian Hassan di situ adalah menaikkan bendera Malaysia, di atas bumbung bangunan, pada setiap pagi. Kerja yang tidak termasuk dalam job spec seorang display artist namun tetap dilakukan megah setiap hari. Pada tahun 1965, Hassan Muthalib sudahpun menjadi Senior Display Artist di Robinson’s Department Store. Atas minat dalam seni fotografi, Hassan telah merakam banyak gambar hasil kerjanya. Juga gambar keluarga dan adik-adiknya. “Gaji pun dah naik sikit masa tu,” kata Pak Hassan senyum memulakan cerita cinta Voigtländer-nya.
Mengibarkan bendera Malaysia.
Kebetulan ada seorang kawan yang nak jual camera lamanya. RM 95. Hassan teruja dan terus berusaha jumpa bos dan ambik loan untuk mendapatkan kameranya itu. Sejak adanya kamera jenama Voigtländer, Hassan mula mengambil gambar semua work dan paintingnya - not knowing it would be very precious in the future.
“Kalau saya tidak ada kamera, saya tidak ada rekod maka saya tidak akan tahu pasal visual story telling untuk masuk (dunia) filem.”
Proses dokumentasi ini penting. Penting dan perlukan kesungguhan dan istiqamah. Adik-adik artisan listen up ! Aku sedar akan kepentingan menyimpan hasil kerja bermula dengan pesanan seorang lecturer dulu yang cakap ‘jangan buang sketches awak.’ Itu idea dan proses idea. Later on masa kerja aku sedar kepentingan menyimpan hasil keluaran bilamana aku ditegah untuk mengambil pulang showreel pada projek animation yang aku telah buat. Masa tu aku nak blah dari satu company post ni dan permintaan aku untuk collect semula showreel dilarang dengan alasan, showreel ini milik company. Company dah bayar awak untuk kerja kata bos masa tu. Which in turn aku berpendapat: then it's not yours to keep either, sebab client dah bayar company ni untuk buat !

Dalam keadaan sedar itu sekali pun, aku masih gagal menyimpan apa yang patut. Aku kurang dalam bab istiqamah.
Dokumentasi secara penulisan terutamanya akan menjadi pengiktirafan pencapaian seseorang. Betapa kerajaan Melaka sampai sekarang tidak diketahui kewujudannya secara konkrik. Bukan saja tahun penubuhan malah lokasi pusat kerajaan Melaka juga pernah dipertikaikan dan dikatakan terletak di Muar sebenarnya.
Berbalik semula. Hassan setelah beberapa lama mula menjadi terkenal di Robinson’s dan kalangan sahabatnya kerana pandai ambik gambar. Gambar Hassan semestinya cantik. Dia juga pernah diberi kepercayaan dari Jabatan Perdana Menteri mengambil gambar seorang consultant dari US. Macam mana dia pandai ambik gambar? “Berpuluh buku pasal photography saya baca,” jelas Pak Hassan.
Berita bakat Hassan bergerak mulut ke mulut dan akhirnya dia diminta untuk mengambil gambar perkahwinan. Bukan pakai kamera digital yang mengizinkan unlimited moments, colour correction dan cropping, Hassan Muthalib merupakan wedding photographer zaman pakai filem. Di sini, secara tak langsung, beliau belajar directing. Posing, expression, framing, composition lighting dan segalanya dipelajari melalui pengalaman mengarah pasangan pengantin semasa bergambar.
Sampai sekarang masih banyak gambar dan barang-barang lama yang disimpan oleh Hassan Muthalib. Ada kat rumah, katanya sambil menjemput aku datang. Aku pasti cari masa. Tanpa dokumentasi dan penulisan, oral history akan berubah-ubah, bertambah-tambah dan akhirnya boleh saja menjadi dongeng.
Semoga pertemuan dengan Pak Hassan sekali lagi aku dapat digitise gambar dan hasil karyanya untuk dikongsi bersama.
Banyak lagi pasal Hassan Muthalib yang interesting. Kisah di Filem Negaranya, ilmu kuntaunya.. (alamak!) Cuma aku rasa pembacaan, meniru (referencing atau merujuk) dan mendokumentasi adalah 3 sifat penting Hassan Muthalib untuk kita ambil pengajaran.
Disclaimer: Semua gambar kecuali gambar Pak Hassan duduk ditemuramah, diceduk dari tempat lain. Gambar-gambar lama lain milik peribadi Pak Hassan.

BUKU SEJARAH ANIMASI    |    FROM MOUSE DEER TO MOUSE
http://farizghazali.blogspot.my/2017/02/from-mouse-deer-to-mouse-70-years-of.html

5 ulasan:

  1. Terbaik penulis dan Pak Hassan. Inspiring story

    BalasPadam
    Balasan
    1. hopefully ada satu lagi seisi dengan Pak Hassan..

      Padam
  2. My brother Hassan has always been a very talented and humble person. He is a living example of life long learning. Well done....

    BalasPadam