Isnin, 28 Ogos 2017

AniFest 2017


AniFest 2017 anjuran ANIMAS dengan kerjasama Summit USJ telah berlangsung pada 25hb - 27hb Ogos yang lalu. Ini kali ke 3 AniFest diadakan. Walaupun aku rasa dah lebih tiga kali aku pergi event ini. Kali ini AniFest diadakan di tingkat paling atas USJ. Ruang lagi luas, pemamer lagi banyak dan pameran pun lagi variety. Selain toys dan hobby section, ada buku, ada doodle panel, ada syarikat animasi tempatan dan ada VR game store. VR game ni satu kedai terasing dan bukan part of the pameran tapi kebetulan premisnya terletak dekat situ juga.

Perasmiannya disempurnakan oleh Timbalan Pengarah FINAS, Datuk Azmir. Aku, kerana kekangan masa weekend tu, hanya dapat hadir hari itu saja. Maka tidaklah berapa ada nak ditulis.