Khamis, 11 April 2019

Pameran WANITA INSPIRASIKU: 1 APRIL - 30 JUN


Semalam 9hb April 2019, telah berlangsung satu opening ceremony kepada satu pameran seni WANITA INSPIRASIKU. Pameran ini diadakan di Petangi Coffee House, Aras 5, Hotel Premiera, KL. Hotel ini terletak bersebelahan Mara Digital Mall.

Hotel Premiera menganjurkan satu siri pameran yang diberinama SIRI PAMERAN LUKISAN@PREMIERA 2-2019. Pameran ini berlangsung sepanjang tahun. Segmen Satu baru sudah tamat, dan WANITA INSPIRASIKU merupakan Segmen pameran ke duanya. WANITA INSPIRASIKU akan berpamer dari 1 April hingga 30 Jun 2019. Pameran seni ini mengetengahkan 4 orang artist wanita yang hebat - Ustazah Asni Abu Mansor Al Hafizah, Lyna Khairi, Hidawati Amin dan Zurin Shaari.

Isnin, 1 April 2019

Bulan Kartunis Malaysia 2019

Mereka semua kartunis!
April merupakan Bulan Kartunis Malaysia. Maka, mereka yang pernah atau sedang mencari makan sebagai seorang pelukis kartun dan komik, layak disambut dalam bulan ini. Tahun lepas, 1 April diangkat sebagai Hari Kartunis Malaysia, tahun ini, telah dibulankan. 

Aku yang kebetulan berada sekitar Rumah Kartun dan Komik Malaysia, Tasik Perdana, ini mengambil kesempatan hadir pada majlis perasmian Bulan Kartunis Malaysia. Dalam berpuluh-puluh kartunis yang hadir, aku cuma kenal seorang dua sahaja - itu pun dari dalam dunia animasi. Aku tak tahupun mereka kartunis. Majlis perasmian berlangsung dengan sederhana dan meriah. Dinding-dinding pameran penuh dengan hasil karya orang-orang berbakat, sehingga boleh