Rabu, 23 Disember 2015

Lukisan Figura Secara Langsung.

Lukisan Figura Secara Langsung..? Aku tak pernah tulis, dengar atau baca atau mendengar orang membaca perkataan Lukisan Figura Secara Langsung. Kali pertama aku tulis. Ini translation dari Life Figure Drawing.
Graphite (4B & 6B) on A3 80 gms drawing block.

Semalam aku berpeluang, setelah bertahun-tahun lamanya, untuk duduk dalam satu aktiviti lukisan figura secara langsung. Terima kasih fakulti Rekabentuk Komunikasi dan Visual (nama timangannya Fine Art) kerana menganjurkannya.

Maka sini sedikit tips yang aku ingin kongsi:

1. Istiqomah atau kekalkan atau maintain tools yang hendak anda pakai. Kalau pen atau textured paper, let it be. Kalau pensil, pensillah. Kalau watercolour, atau charcoal, atau apa saja, maintain sepanjang hari itu. Aku yang kekurangan tools bertukar-tukar antara pensil dan ink, mengganggu fokus dan melambatkan proses warm-up.

2. Decide samada anda nak practise atau nak produce satu artwork. Sebab kalau nak practise, maka jujurlah pada diri sendiri. Tak jadi, buat dan buat dan buat lagi sampai jadi. Facial susah.. study dan study  dan study lagi sampai dapat. Kalau nak buat artwork, pandai-pandailah tackle subject matter biar advantage pada diri sendiri. Cuma, nak pesan, jangan berobah-robah niat dalam satu sesi.


Ink on A5 160 gms sketchbook.
3. Warm up dengan blind drawing dulu.

4. Kalau ada straight line pada background model, jadikan sebagai guide anda. Straight lines macam dinding, tiang dan sebagainya.

5. Duduk dengan selesa sebab anda juga akan kurang bergerak dan kaki boleh kebas.

6. Bagi yang sedang pushing 40s jangan hairan kalau mata anda kabur setelah beberapa lama. Hehehe...


Graphite (4B & 6B) on A3 80 gms drawing block.
Sekian dari saya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan