Selasa, 28 Jun 2016

Jangan Tipu Saya: Digital Drawing


Kambing hitam ni semua tulang dia besi. Logik wife aku satu hari kami melalui pekan Kuala Krai. Itu yang dia percaya sebab masa kecik dulu, pakcik dia pernah cakap, kambing hitam ni semua tulang dia besi. Alasan  Si Pakcik bila ditanya kenapa kambing ni semua tak takut ke kena langgar kereta ? Merujuk kepada kambing yang suka hati lintas jalan.

'Tipu' Si Pakcik ini terpegang oleh anak kecil itu beberapa lama jugak. Wife aku actually percaya kambing hitam semuanya bertulang besi. Masa dia kecik la.

Pasti ada kesan momok momokan ayah pasal hantu. Takut-takutan ibu pasal 'kena tangkap polis'. Conclusion-nya kami suami isteri tekad tidak menipu anak. Maka, kalau aku bergurau, cakap immediately lepas tu kata gurau. Kalau aku tak tau, cakap aku tak tau. Kalau aku tak nak cakap, aku suruh diorang pergi kemas bilik.

Tapi sebenarnya lukisan aku itu lebih berperasaan politik.

Isnin, 13 Jun 2016

Ajep dan Filem Animasi Terbaik Asia Pasifik

Ajep bergaya Menteri Menafikan.
MARDI terletak di area Serdang, Selangor berdekatan UPM. Jalannya pun dinama Persiaran UPM-MARDI menandakan kewujudannya lama sangat dah di situ. MARDI merupakan satu agensi kerajaan yang umum tahu berfungsi sekitar bidang pertanian dan penyelidikan. MARDI umum tahu, ada MAEPS. Satu tempat ekspo di Serdang yang dulunya terkenal kerana MAHA. Sekarang bukan sekadar MAHA, pesta buku, jualan raya, ekspo education, comic-con, fiesta tudung, bazar hipster pelbagai sudah dijalankan kat MAEPS. Namun umum tidak tahu, MARDI mempunyai seorang pegawai tadbir yang suatu ketika dulu merupakan award winning animator - regional level..!