Ahad, 6 Disember 2015

PerempuanTua Di Kedai Sup: Aku Berbulu


Ini bukan book review. Ini rasa berbulu.

Setelah hampir 40 minit aku pusing dua baris rak itu berkali kali, akhirnya aku capai buku ni dan satu lagi kat rak buku English dan terus ke counter.

Aku start tahun ini dengan peningkatan pada azam tahun sudah. Peningkatan drastik. (Aku berazam ikut kiraan hijrah, jadi baru Safar masa aku beli ni.) Aku berazam nak baca 12 buah buku. Tahun lepas azam aku 1. Dan tahun lepas aku habis 1 setengah.

Jadi aku ke kedai buku MPH untuk "beli je dulu". Dan ntah kenapa aku beli buku ni, Jangan tanya kenapa. Serius jangan.. Cover dia tak menarik. Menarik la, cuma lukisannya terlihat agak muda. Mentah. Anak baru belajar melukis. Tapi ada bakat. Siapa artist-nya aku tak tau. Dan mula-mula aku baca, aku ingat tajuk dia PerempuanTua Di Kedai Sup Petak Daud. Aku tak ternampak pulak design ini memisahkan Petak Daud dengan tajuknya. Salah aku. Maybe salah Petak Daud sebab namanya tak macam nama melayu lain. Sup Petak mungkin resepi.

Nak kata mungkin sebab tajuk menarik, 5 tahun kebelakangan ni tajuk buku dah menarik dan santai. Local dan bertelo. Ber-telo bukan bertelur. Berloghat. Sesantai tagline company melayu dan produk langsing badan.

Dan setelah dibelek aku nampak logo publishernya Dubok (Dubook) Ceritera kekurangan C di situ. Apa dah..

Tapi aku berbulu sebenarnya sebab dia tak letak, bukan saja di kulit, tapi dalam-dalam pun, apa-apa indication yang buku ini adalah himpunan cerpen senarnya.!!

Aku juga berbulu dengan style simple penulis yang tak masuk deep sangat pasal watak fizikal character. Kadang-kadang aku tak tau laki ke perempuan ke sampai nak habis cerita.

Himpunan cerita ini juga merupakan himpunan cerita kosong. As what the pendahuluan said. At times open ending. Kadang-kadang takde start takde habis. Sangat award winning short film punya style.

Aku angkat mata juga bagaimana sepanjang cerita ini perihal hisap ganja dan mabuk arak ditulis sepintas lalu bagai tak berdosa. Macam kita tengok orang hisap rokok tak tegur: macam tak berdosa. Macam kita tengok peha gebu dan seluar ketat.

Aku kerut dahi sikit bila cerita dalam ni lebih dari ganja dan mabuk tadi.

Aku berbulu memikirkan anak-anak remaja yang terbaca naskah ini dan merasakan hisap ganja dan mabuk arak adalah senormal peha gebu dan seluar ketat.

Aku berbulu mungkin sebab aku tak biasa dengan penulisan Petak Daud. Aku rasa seram sikit-sikit memikirkan masa depan seni penulisan. Seni lakonan dah lama evil. (Senyum.) Publisher indie, sama jugak dengan bidang musik, juga filem dan duco, akan keluarkan benda-benda against the grain dan tongkah arus. Tak pulak aku aware berapa banyak buku semacam ini dalam pasaran. Mungkin satu hari terdekat, government kena ada lembaga penapisan buku dan rate kan buku. Supaya innocent young children tak terbaca bukan-bukan. Cukuplah diorang tengok yang bukan-bukan kat tv.

Kalau nak beli buku mamat ni, belilah dengan hati terbuka dan bukan dengan mindset keyboard warrior kat facebook.

Aku sebenarnya teruja dalam berbulu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan