Isnin, 29 Februari 2016

Seyogia: Ulasan Buku

Kelmarin aku berada dalam bas ke Johor. Sepanjang 5 jam perjalanan aku settle baca buku terbitan Lejen Press ni. Dua puluh ringgit beli dan habis baca dalam 5 jam. Bertahun tulis dan hanya dapat 10% dari royalti buku. Berbaloi ke? Aku berbaloi. Penulis aku tak tau la.

Novel Seyogia bersama ikan laga betina.

Aku sebenarnya tergolong dalam masyarakat yang hanya melihat buku sebagai suatu objek atau alat yang mengisi masa lapang” menurut kata penulis Karl Agant. Dan kelmarin aku ada masa lapang di dalam bas.

Sinopsis cerita buku-buku publisher indie ni kadang-kadang merapu. Bukan sinopsis pun. Tajuk pun blur, cover pun takde indication dan sinopsis pun macam tak sinopsis. (Seadilnya kesamaran sinopsis tidak hanya tertakluk pada buku cerita dari publisher indie saja)

Aku beli atas dasar 'belasah je la..' Sebab dah maghrib, kena balik. Sebenarnya ada juga advantage dalam kekurangan sinopsis cerita publisher indie ni.  Kita baca tanpa tahu cerita, tanpa boleh agak ending. Kalau bernasib baik, happy lah semua. Kalau tak, bertambahlah lagi satu buku yang tak habis baca pada rak kat rumah.

Sinopsis Seyogia karya Amal Hassan ini pun agak tidak menjelaskan jenis buku dan expectation pada isinya. Dah habis baca, baca balik sinopsis tu baru faham. Aku yang slow rupanya.

Seyogia merupakan satu novel rintihan anak muda yang penuh masalah-masalah cliche. Tapi penceritaannya tetap menarik kerana ada twist sini sikit, sana sikit. Ada satu dua plot yang dirasakan over, ada satu dua tempat yang dirasakan perfect sangat. Penceritaannya agak meleret di tengah-tengah cerita tapi aku OK je. Style masing-masing.

Aku pun tak berapa tahu erti maksud Seyogia. Biasa dengar agaknya di kuliah masjid-masjid. Biasanya dalam kitab-kitab yang diterjemahkan zaman bahasa melayu lama. Dan macam pernah baca pada penulisan Gila-Gila dulu dulu. Entah.

Jengahan pada google memperjelaskan erti Seyogia. Selayaknya kata Dewan Bahasa. Selayaknya dia yang terpilih mewakili kami kaum nelayan – contoh.

Seandainya anda suka cerita pasal remaja-remaji ini, seandainya anda cenderung kepada cerita-cerita 'quite disturbing' (sepertimana abang aku describe buku-buku publisher indie) ini, silakan lah.


Selasa, 23 Februari 2016

Orang Lama Dalam Industri Animasi Malaysia

Aku lama dah dengar nama Pak Mat. Sejak-sejak aku masih setahun jagung dalam industri. Memang aku tak tau banyak pasal Pak Mat. Tapi nama dia selalu jugak timbul. Timbul bersama gelaran 'bapak aku' dan 'lecturer aku'. Mana taknya, anak Pak Mat, Dan, merupakan member sekerja aku masa buat post produciton dulu. Pelajar praktikel masa tu semua student Pak Mat. Baik dari UiTM mahupun dari Kolej Yayasan Melaka KYM.

Nama Pak Mat juga timbul bila senior senior industri masa tu (kuncu bos aku) sesekali menceritakan kekelakaan Pak Mat. Aku sebenarnya pernah bertemu Pak Mat sekali masa tengah animate di satu ofis di Kelana Jaya dulu. Pak Mat dan kawan-kawan dia datang atas urusan apa ntah dan sembang kuat. Diorang duduk sembang dalam bilik aku tengah animate. Masa tu bilik kat ofis tak banyak, ofis tak besar, maka itu sajalah tempat yang ada. Diorang sembang dan aku tumpang gelak.

Rabu, 17 Februari 2016

Mat Sentul

Ditemuramah oleh Kidol sedang aku
memangku camera.
Di mana Mat Sentul sekarang? Mat Sentul ada di Larkin, Johor.

Bersama-sama pensyarah fakulti animasi dan multimedia ASWARA dan penggiat animasi dan VFX dari ANIMAS kami telah beramai-ramai menziarahi Pak Mat Sentul di rumahnya semalam. Kami disambut meriah dengan Pak Mat Sentul sudah pun bukak gate dan menunggu di luar rumah. Air dan karipap sedia terhidang.

Orangnya sekarang kecil dan fragile. Agak diam, perlahan dan nampak blur pada awalnya namun Pak Mat Sentul terus ceria dan 'animated' semula setelah beberapa minit. Warm up period kot.

Mat Sentul yang terkenal dengan suara dari iklan Tora dan Dindang pada tahun 1980an dulu merupakan penggiat seni belakang tabir yang pertama (atau antara yang pertama) membuat kesan khas. Atau dalam bahasa biasa-biasa, Mat Sentul adalah pioneer dalam VFX Malaysia.

Beliau, bila di tanya masih mampu menjelaskan secara terpeinci perihal cara pembikinan VFX ketika itu. "Yang letrik tu macam mana Pak Mat buat? Yang karen tu?" tanya Black, VFX artist, dengan bersungguh.

Maka Pak Mat Sentul menceritakan caranya. Lukis frame by frame. Animate. 25 frame per second. Lukis dengan white ink. Exposed filem la.. Semuanya masih boleh dijelaskan. Satu pemahaman teknikal yang ramai graduan animasi sekarang pun masih tak faham..!!

Berapa ramai aku dapat pelajar praktikal yang masih ternganga bila mana di tanya berkenaan frame per second sebenarnya.

"Nama Mat Sentul ni sebenarnya Cikgu saya bagi," kata Pak Mat menjawab soalan.

Diceritakan perihal kawasan sekolahnya yang ada satu pokok buah sentul. Dan dia terkantoi satu hari itu dengan buah sentul penuh dalam baju sekolahnya. Maka cikgu menggelarkannya Mat Sentul.

"Pakcik saya sorang tu pun orang panggil Mat Sentul. Sebab duduk di Sentul." Cerita Pak Mat lagi.

Mat Sentul masih sempat buat lawak dan magic tricknya. Menjadi ! Mat Sentul juga sempat menunjukkan bakat berkartunnya bilamana Kidol mintak untuk sign sketchbook peribadinya. Ziarah kami menjangkau hampir 1 jam setengah. Takut-takut dia kepenatan kami cepatkan proses temuramah.

#sejarahanimasimalaysia


Suaranya agak perlahan dan berumur sekarang.


Sekali ada sticker Cenfad pada kereta Pak Mat.
Satu institusi seni yang hilang tiba-tiba
dan tanpa berita sehingga kini.

Rabu, 10 Februari 2016

Sejarah Animasi Malaysia

Sejarah animasi kita sebenarnya tidak tertulis secara formal di mana-mana. Akan datang insyaAllah. Aku tengah work dengan Pak Hassan Muthalib berkenaan bukunnya yang bakal terbit tahun ini. Buku yang dah sejak 7-8 tahun ni aku dengar akan keluar tapi tak keluar-keluar lagi. Soon insyaallah.

Sejarah kita tidaklah begitu lama dan masih boleh untuk kita list down semua yang terlibat. Sejarah kita tidaklah begitu megah tapi ada dan perlu ditulis.

Aku sedang mencongak-congak untuk menyediakan satu tempat, seumpama blog, atau wiki, agar semua yang terlibat dalam perihal animasi tanahair boleh sendiri menulis dan menyumbang pada koleksi sejarah. History is written by the victors, kata pepatah Mat Saleh. Secara kasar membawa maksud, sejarah itu ditulis oleh mereka yang berjaya. Betul la.

Perhimpunan Kuning, Bersih dan seumpamanya kini dicatatkan sebagai satu pemberontakan terhadap kerajaan. Laporan dan penulisan berkenaannya merujuk kepada protestors ini sebagai penjenayah. Andai kerajaan bertukar esok-esok, protestors ini jugalah akan menjadi wira dan disanjung kegigihannya.

Maka aku bercongak lagi untuk menyediakan satu medan dimana sejarah animasi ini boleh semua orang industri dan tenaga pengajar menyumbang padanya. Biar buruk atau baik, gagal ke berjaya ke, at least ada satu saluran bebas bercerita.

Congak lagi.

kisah terbaru
buku sejarah animasi dah keluar
http://farizghazali.blogspot.my/2017/02/from-mouse-deer-to-mouse-70-years-of.html#more

http://farizghazali.blogspot.my/2016/06/ajep-dan-filem-animasi-terbaik-asia.html

Ahad, 7 Februari 2016

Tips on Giving Food For The Homeless in KL



Victoria Institution Food For The Needy. Victoria Institution is a school in KL. We are the old boys. KL is KL la.

Giving food to the needy is good. We did it twice. The first was in Ramadhan last year and recently during Chinese New Year. If you are planning to do it, these are some tips. Or more like some

Selasa, 2 Februari 2016