Isnin, 6 Mei 2019

Tangki Air Rumah Bocor

Ini cerita bulan februari lalu. Atau... ini bukan cerita, ini ringkasan fakta.

Harga tukar tangki RM2,500.00
Kena deposit sikit nak beli tangki.

Tangki air rumah bocor: kalau bocor tepi boleh tampal. Kalau bocor bawah memang kena tukar.

Kerja menukar tangki melibatkan membuka bumbung, memotong kayu bumbung, memasuk dan mengeluarkan tangki, dan mengganti tangki serta pipe sekitarnya.

Tangki fibre glass hitam. Ada choice tangki aluminium.

Tangki bocor kerana batu kecik. Alaslah plywood.

Kerja makan masa 4 jam.

Ini gambar-gambar.

Pernah dibersihkan. Ini keladak 5 tahun.


Tangki ini size 400 galon. Teres Dua tingkat.

Ini air bertakung. Kalau nampak la.

Air dikeluarkan dari tangki. Akan keluar ke oveflow sini

Kerja membuka bumbung dan potong kayu.



Tangki sudah kosong, dicabut dan keluarkan. Air dikeringkan.

Air yang bertakung akan dikeringkan. Pekerja ini ceduk manual.
Disarankan anda beli hose kecik. Hose biasa contractor pakai untuk timbang air - untuk balance.
Sedut air masuk baldi. Baldi letak tingkat bawah. Senang, cepat dan kurang penat.

Cari saiz yang paling kecik.


Kemudian aku alas dengan plywood. Ini pun aku belajar dari baca blog orang lain.
Plywood ini aku potong 2 x 4 kaki. Tangki 400 galon tapak dia dalam 5 x 5 kaki.



Tangki dipindahkan ke atas plywood.


Setelah semua paip kembali dipasang dan dicuba maka bumbung ditutup.

Mana dijangka bocor telah disimen.

Ada dalam 6 orang (maksimum) datang hari tu. Semua pekerja. Tokey singgah kejap je. Sangat pro pekerja diorang. Setakat hari ini, masih tiada masalah. Plumber nama dia Normal Plumbing.













16 ulasan:

  1. Salam. Tangki beli sendiri ke atau diorang yang belikan?

    BalasPadam
  2. Salam, lantai tangki poli rumah sy bocor bah. lantai terkena hujung besi tajam.
    Telah ditebat dng paip poli yg dibakar setahun lepas. Baru bocor semula.
    Ada x cara repair yg trbaik utk kekal lbh lama../ jenis sealant yg sesuai. Tk

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam unknown. Saya tak reti bende ni. hehehe. Yang buat ni adalah kontraktor. Cari Normal Plumbing.

      Padam
    2. https://normalplumbingandhouserepair.blogspot.com/

      Padam
    3. Boleh tampal pakai bounded flashband tape inshallah tahan bertahun lame nya.. Cari yg utk tampal tangki... Kena bg tahu tangki jenis apa

      Padam
  3. Tangki saya bocor.. ada sape boleh baiki? 014-2634368

    BalasPadam
  4. Service tangki sg petani boleh hubungi saya..01161688730

    BalasPadam
  5. Plumber Johor bole hubungi saya 0177403004

    BalasPadam
  6. plumber kulim boleh hubungi saya,01121409040,,terima kasih admin

    BalasPadam
  7. Kontraktor baikpulih rumah area Kuantan Cherating Kemaman Kijal Kemasik Kerteh boleh hubungi saya 0143049874

    BalasPadam
  8. Brapa kos utk tukar tangki..klu tangki 100 gal..

    BalasPadam