Selasa, 24 Julai 2018

PAMERAN KASIH BUNGA PUTIH: ROH KEMANUSIAAN


Satu pameran seni yang sangat berprestij, mempamerkan karya antara artis terbilang tanahair, sedang berlangsung sehingga hujung Julai 2018 ini. Pameran yang diberi nama KASIH BUNGA PUTIH: ROH KEMANUSIAAN ini diadakan bagi memperingati Sasterawan Negara Dato’ Dr Usman Awang yang telah banyak menyumbang pada seni dan politik tanahair. Wan Osman Wan Awang lahir di

Ahad, 22 Julai 2018

Kartunis Tembakau Yang Aku Kenal

Aku tidaklah akrab dengan Tembakau. Tapi bolehlah aku whatsapp dia dan dia whatsapp aku. Kali pertama aku dikenalkan pada Tembakau serke 2012 adalah atas dasar job storyboard. Itu jugalah kali pertama aku dengar nama Tembakau dan karya Kartininya. Barangkali karyanya hit ketika aku sudah tidak lagi membaca majalah humor.


Satu dua board pertamanya masih dalam bentuk manual
kalau tak salah aku

So jadinya aku kenal Tembakau as board artist, bukan as kartunis. Dia pernah menstoryboardkan 3D animated series bertajuk Semangat Tuah, hasil direction aku dan

Jumaat, 20 Julai 2018

Kerajaan Baru Sistem Lama: Bolehkah RTM?

Satu laporan Bernama menyebut:

"Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan memperkenalkan mekanisme baharu mengenai permohonan dan penyaluran dana kerajaan bagi penerbitan dokumentari untuk siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM), dalam masa terdekat.

Menterinya Gobind Singh Deo berkata sistem sedia ada mempunyai banyak kelemahan yang perlu diperbaiki, termasuk masalah ketirisan."


Kebanyakkan penggiat seni kedai kopi menyambut baik satement Menteri baru. Namun, andai diteliti, sistem kerajaan dahulu amat baik. Syarat, peraturan, procedure dalam mendapatkan tender kerajaan sebenarnya satu peraturan yang telah diteliti dan ditambahbaik dari masa ke masa.

Ketirisan itu bukannya pada ketidaksesuaian dan kelemahan sistem. Ketirisan itu pada orang yang menyelenggara sistem - pada pegawai kerajaan, pada pemilkiran dan pada branding govement servant yang telah diterap masuk zaman berzaman.

The Boss is Always Right merupakan satu sikap yang dipegang ramai pegawai kerajaan atasan, so much so, mereka mampu menyatakan pendirian mereka secara terbuka, memegang prinsip ini.

Maka siapa sahaja yang menerajui RTM, akan punya masalah kerana sikap pegawainya yang angguk tanpa soal kerana aku hanya menjalankan tugas aku. Sekumpulan lagi pegawainya yang beretika tidak pula berjawatan dan tidak ada saluran mengadu kecelakaan.

Tuan Menteri perlu menyelak semula pintu RTM, memandang tenang penjawatnya dan berkata, "kalau nak menurut biar berakal, kalau mengikut biar pintar," pijak bola raga dan bukalah kuda-kuda.

Khamis, 19 Julai 2018

Pameran Seni Lakar Wanita 2018

Gambar oleh Balai Seni Negara

Di sebelah belakang Creative Space, Balai Seni Negara adalah serving table makan-makan untuk petang itu. Aku bau macam diorang serve serawa durian. Harum. Sangat terpanggil untuk menceduk barang semangkuk dua. Tapi aku takde time. Tiga jam allocation di Pameran Seni 2018 oleh Lakar Wanita bagai tidak cukup.

Lakar Wanita adalah satu kumpulan seni yang diasaskan oleh Zurin Shaari pada tahun 2015. Ketika itu Zurin Shaari mahu menentukan hala tuju karyanya. Tidak lagi mahu sekadar menunggu pameran dianjurkan untuk disertai. Zurin Shaari melihat kumpulan Okra dan Pelita Hati sebagai satu inspirasi. Dikumpulnya rakan-rakan yang berkarya. Satu common thing among them is mereka semuanya wanita. Maka, semudah itu, kumpulan seni ini ditubuhkan. Eliza antara artis yang dijemput dan telah menjadi penyokong kuat kepada terealitinya kumpulan ini. Nama Lakar Wanita itu dicadangkan oleh Hidawati (I think so kata Zurin) dan next thing lead to another, Lakar Wanita berjaya mendapat tempat di Galeri Shah Alam untuk pameran pertama mereka pada tahun 2016. Ketika itu Lakar Wanita dianggotai oleh 7 orang artis dan kesemua mereka tenaga pengajar di UiTM Shah Alam.

Pameran Seni 2018 oleh Lakar Wanita kali ini merupakan pameran berkumpulan ke tiga mereka sejak ditubuhkan. Jumlah artisnya bertambah. Tidak lagi sekadar dari sekitar

Selasa, 3 Julai 2018

Koleksi Sampul Raya 2011

Aku kira tahun ini (2011) masih lagi belum betul niat aku mengumpul sampul raya. So, yang ada hanya beberapa. Tapi beberapa ini sangat cantik dan masing-masing unik. Tahun itu syarikat aku bekerja berurusan sama Al-Rajhi Bank. Maka sampul kami pun sampul Al-Rajhi lah.

Depan dan belakangnya.