Satu pameran seni yang sangat berprestij, mempamerkan karya antara artis terbilang tanahair, sedang berlangsung sehingga hujung Julai 2018 ini. Pameran yang diberi nama KASIH BUNGA PUTIH: ROH KEMANUSIAAN ini diadakan bagi memperingati Sasterawan Negara Dato’ Dr Usman Awang yang telah banyak menyumbang pada seni dan politik tanahair. Wan
Osman Wan Awang lahir di
Kuala Sedili pada 12 Julai 1929 dan meninggal dunia pada tahun 2001.
Pameran ini
adalah anjuran bersama Yayasan Usman Awang bersama ASWARA.
Hadir di atas pentas adalah Dr Syed Husin Ali; Pengerusi
Yayasan Usman Awang, En Zain Azhari Zainal Abidin; tetamu kehormat dan perasmi
majlis, Prof Madya Dr Md Nasir Ibrahim; Timbalan Rektor HEA, ASWARA; dan anak
didik Usman Awang, pengerusi bersama dan
penyelaras pameran, Prof Dr Siti Zainon Ismail.
Sejurus perasmian, Puan Ras Adiba Radzi telah
mendeklamasikan sajak Kekasih tulisan Usman Awang. Penonton terpaku. Terpamer adalah karya-karya oleh, antara lainnya, Suzlee Ibrahim, Jailani Abu Hassan, Raja Azhar Idris, Nora Abdullah, Norwani Md Nawawi, Lyna Khairil, Marvin Chan, Safwan Ahmad, Dzul Afiq Zakaria, Raja Zahabuddin Raja Yaacob dan Mazlan Noor. Juga karya Redza Piyadasa & Nirmala Shanmughalingam. Para hadirin terdiri dari kalangan pengkarya sendiri, art collectors, penggiat serta peminat seni. Juga kehadiran istimewa yang menjadi tumpuan adalah Sasterawan Negara Pak Samad Said dan suteradara ulung Uwei Hj Shaari.
Dan esoknya, ada seorang artis hadir pada galeri ini, kecewa "I didn't know ada pameran sehebat ini, I missed the opening!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan