|
Gambar oleh Balai Seni Negara |
Di sebelah
belakang Creative Space, Balai Seni Negara adalah serving table makan-makan untuk petang itu. Aku bau
macam diorang serve serawa durian. Harum. Sangat terpanggil untuk menceduk
barang semangkuk dua. Tapi aku takde time. Tiga jam allocation di Pameran Seni 2018 oleh Lakar
Wanita bagai tidak cukup.
Lakar Wanita
adalah satu kumpulan seni yang diasaskan oleh Zurin Shaari pada tahun 2015. Ketika
itu Zurin Shaari mahu menentukan hala tuju karyanya. Tidak lagi mahu sekadar
menunggu pameran dianjurkan untuk disertai. Zurin Shaari melihat kumpulan Okra dan
Pelita Hati sebagai satu inspirasi. Dikumpulnya rakan-rakan yang berkarya. Satu
common thing among them is mereka semuanya wanita. Maka, semudah itu, kumpulan
seni ini ditubuhkan. Eliza antara artis yang dijemput dan telah menjadi
penyokong kuat kepada terealitinya kumpulan ini. Nama Lakar Wanita itu
dicadangkan oleh Hidawati (I think so kata Zurin) dan next thing lead to another, Lakar Wanita berjaya
mendapat tempat di Galeri Shah Alam untuk pameran pertama mereka pada tahun
2016. Ketika itu Lakar Wanita dianggotai oleh 7 orang artis dan kesemua mereka
tenaga pengajar di UiTM Shah Alam.
Pameran Seni 2018
oleh Lakar Wanita kali ini merupakan pameran berkumpulan ke tiga mereka sejak
ditubuhkan. Jumlah artisnya bertambah. Tidak lagi sekadar dari sekitar
pensyarah, separuh dari artis kali ini merupakan artis sepenuh masa. Sedikit
sebanyak membuatkan kumpulan ini nampak lebih serius. Pameran ini lebih
menarik, lebih cantik dan lebih matang. Jika dua pameran sebelum ini
karya-karya artis disusun menurut stail karya, kali ini mereka memamerkan cara
terkumpul - setiap artis punya dindingnya sendiri. Artis dan karya sudah
punyai definate stail, tema dan stroke yang personal. Mereka juga berpakat bekarya dalam satu ukuran kanvas yang sama.
|
Rozarina Johari dan hasil karyanya. |
Aku tertarik dengan karya
Rozarina Johari. Rozarina menjahit dan mencantum kain-kain perca menjadi sebuah
karya. Bentuk akhir karyanya agak statik namun bibit-bibit idea dan tanda-tanda
eksplorasi jelas dalam siri karyanya. Aku percaya ini adalah permulaan baik dan
beliau masih lagi mencari dan mencuba.
|
Karya Hidawati Amin |
Aku secara
peribadi juga nampak peningkatan karya Hidawati Amin dari segi penguasaan
mediumnya. Beliau menjahit pada kanvas. Jahitannya teratur, terurus dan
terancang. Tenang dan cantik. Satu proses mengenal dan memahami medium. Satu
proses knowing the law sebelum breaking the law. Simplification of a subject
matter is actually a show of mastery in understanding the subject matter
itself. Seorang artis yang membuat coretan figura dan menjadi tepat kadar bandingnya pasti telah menguasai ilmu lukisan figura secara terpeinchi sebelumnya.
|
Melentur Buluh katanya. |
Saya menjangkakan
Lakar Wanita dianggotai oleh wanita bergelar ibu semuanya. Pameran ini, seperti
pameran pertamanya, turut memamerkan karya anak-anak (didik) mereka. Ada diantaranya
boleh menandingi karya artis berpengalaman Elly Nor Suria. Kalau difikirkan, mana
mungkin artis bergenre naiv ini menandingi
artis naiv!
|
Elly Nor Suria |
Pameran yang akan
tamat pada 22 Julai ini sebenarnya amat soothing to the eyes. Tidak berat
sangat, tidak terlalu conceptual dan lebih decorative. Tahniah pada semua artis
yang terlibat – Prof Dr. Norwani Md. Nawawi, Zurin Shaari, Hidawati Amin,
Elliza Hashim, Ainun Jariah Yaacob, Sherin Ng Lay Hwa, Alice Chang Oi Lai,
Fauziah Hj Yahaya, Elly Nor Suria Md. Zainudin, Lyna Khairi, Rozarina Johari, Sammi
Ng Sam Moey dan Mastura Hj. Mohd Jarit. Tahniah juga pada kurator Dr Sharmiza
Abu Hassan, herself a sculptor and a good lecturer. Majlis pembukaan yang dirasmikan oleh Prof Dr
Siti Zainon Ismail pada jam 3 petang itu berakhir sekitar jam 4:30 petang
bilamana tetamu mula menyelak smartphone mengintai waktu dan serawa durian
hanya tinggal bau.
|
Prof Siti Zainon menyambut cenderahati diberi oleh Zurin Shaari
- Gambar dari Balai Seni Negara |
|
Dr Sharmiza (paling kiri) selaku kurator Pameran Seni 2018 |
|
Lyna Khairi, karyanya & Alice Chang |
|
Karya Ainun Jariah |
|
Karya Mastura Jarit |
|
Berucap adalah Puan Faridah Hanim Abd Wahab, Kurator Kanan, Ketua Seksyen Pengurusan Pameran, Koleksi dan Konserversi |
|
Elliza Hashim dan siri karyanya |
|
Prof Dr Noni dan Alice Chang |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan