Selasa, 3 Julai 2018

Koleksi Sampul Raya 2011

Aku kira tahun ini (2011) masih lagi belum betul niat aku mengumpul sampul raya. So, yang ada hanya beberapa. Tapi beberapa ini sangat cantik dan masing-masing unik. Tahun itu syarikat aku bekerja berurusan sama Al-Rajhi Bank. Maka sampul kami pun sampul Al-Rajhi lah.

Depan dan belakangnya.




Bahagian belakang sampul raya.
Design sampul raya Al Rajhi Bank hampir sama depan belakangnya. Style design yang ditonjolkan agak universal aku kira. Ada feel parsley, ada feel kemelayuan, ada arabic influence. Entahlah. 
Al-Rajhi Bank menggunakan Eid' Mubarak instead of Selamat Hari Raya. Nampak universal lagi. Bukan nampak, memang universal. Design melintangnya membuatkan kerja-kerja memasukkan duit amat senang. Aku suka.

Rekaan bagai kain batik lepas. Sangat terpeinchi.
Perhatikan ada kuntum yang tidak berwarna, hanya emboss.


Overall pastel colour yang menarik.

Standard Chartered Saadiq Berhad, sekilas carian di Google, merupakan satu anak syarikat (subsidiary) Standart Charted versi islamik. Bertudung barangkali. Kemasan sampul raya Saadiq ini amat cantik dan ekslusif. Nampak mahal. Lima ringgit dalamnya boleh terasa lima belas ringgit, tambah-tambah kalau duit note baru berbau note baru!

Berlatar hijau muda yellow green dengan typo gold, logonya antara nampak tak nampak - lantas meletakkan Saadiq sebagai satu jenama yang telah established. Samada disengajakan atau tidak, ia tetap nampak established.Tekstura garis gold pada latar belakangnya sebenarnya sedikit emboss. Bunga dipakai inspirasi batik titik Indonesia - juga emboss. Rekaan sampul ini sayangnya memanjang. Aku tetap rasakan rekaan melintang nampak lebih baik, exclusive dan terfikir.





Sampul Hari Raya Jakel sangat heavily design dengan rekaan corak simetrikal seakan corak Melayu. Corak itu seakan corak Melayu - bukan simetrikal itu yang Melayu. Ada juga bagai satu influence middle east. Ada juga ala-ala Victorian. Ah! Corak dan rekaan biasanya begitulah. Bertindih dan menimpa-nimpa, saling mempengaruhi satu dan lain. Sampul ini menggunakan warna Umber dan bertona. Cantik, simple dan klasik. Di tengah-tengah rekaan ini adalah tulisan jawi 'Selamat Hari Raya Aidilfitri'. Penggunaan khat jenis apa aku tak pasti, sebab aku tak pandai bab khat ini. Bahagian atas adalah logo syarikat. Bagus feng shuinya kalau logo syarikat di atas tengah - kata Sow Chin. Keseluruhan rekaan ini tidaklah menampakkan Jakel sebagai sebuah gedung kain, namun membawa satu feel yang Jakel adalah satu syarikat yang heavy dan teliti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan