Ahad, 22 Julai 2018

Kartunis Tembakau Yang Aku Kenal

Aku tidaklah akrab dengan Tembakau. Tapi bolehlah aku whatsapp dia dan dia whatsapp aku. Kali pertama aku dikenalkan pada Tembakau serke 2012 adalah atas dasar job storyboard. Itu jugalah kali pertama aku dengar nama Tembakau dan karya Kartininya. Barangkali karyanya hit ketika aku sudah tidak lagi membaca majalah humor.


Satu dua board pertamanya masih dalam bentuk manual
kalau tak salah aku

So jadinya aku kenal Tembakau as board artist, bukan as kartunis. Dia pernah menstoryboardkan 3D animated series bertajuk Semangat Tuah, hasil direction aku dan
skrip tulisan Sha Hanim Ramli, terbitan Tulus Fikir sdn bhd ofkos. Bukan kesemuanya, hanya beberapa episode. Kami perlu kejar masa dan aku rasa aku tidak berkemampuan buat board seorang diri. Aku impress dengan skill drawingnya serentak mata menatap board Tembakau. Pemahaman figuranya mantap. Posenya kena dan drawingnya consistance sepanjang board. Aku menggerak-gerakkan tangan aku cuba untuk mengajuk figura lukisannya - betul ke drawing mamat ni. Betul! Bukan sekadar betul, perfect. Figuranya perfect, lukisan tangan pada figuranya melangkau perfect.


Illustration dari blog Tembakau rasanya

Biasanya, seisi deliver storyboard atau ambik payment akan disertai oleh sejam dua bersembang berasap. Selalunya dia bersama anak perempuannya. Tidak pulak aku tanya banyak pasal pengalaman lepasnya. Kami selalu bercerita pasal future planning dan job-job animasi yang mungkin boleh produce dan berpotensi jadi kaya. Dari rasa kagum pada drawingnya, aku mula mendapatkan info lebih dari Cikgu Google. Natijahnya aku terselak satu blog oleh tembakau bertajuk olehtembakau.

Aku suka dan kagum dengan penulisan Tembakau. Mungkin aku kurang ilmu, mungkin juga ini definasi ‘cinta’ sebenarnya, kerana aku tidak tahu bab mana yang aku suka penulisannya, tapi aku suka. Aku suka lenggok bahasanya, stail dan garapan serta topik penulisannya sendiri. Agein aku tak tau kenapa, tapi ai laik. Kadang-kadang bilamana aku rasa tulisan aku tak best, aku akan baca sekali lalu blog olehtembakau mengharapkan dapat terinfluens dari situ.
Dan semestinya sketches dalam blog itu lebih menarik. Ini satu blog yang aku boleh baca, tengok gambar, baca balik dan tengok gambar balik berulang-ulang, bukan kerana aku tak faham.

Artikel tahun lepas yang aku secara terbuka
declare kekagumanku pada penulisannya
artikel asal di sini
http://farizghazali.blogspot.com/2017/04/rumah-kartun-komik-malaysia.html

Blog ini beberapa waktu kemudian telah tutup. Mula-mula hilang-ada bagai ada masalah server. Aku roger tembakau. Ah! Tak best la blog ni hilang. Dia pindahkan pada platform lain. Ada masalah katanya. Sebenarnya penulisan pada blognya tidak banyak dan makin berkurangan. As time pass by, penulisannya menjadi jarang-jarang dan akhirnya hilang terus blog olehtembakau. Beberapa tahun selepas hilangnya olehtembakau, lebih memilukan, bulan lepas, Kartunis Tembakau atau Azhar Ahmad sendiri, 'hilang' terus dari alam dunia ini. Aku tidaklah akrab dengan Tembakau tapi aku tetap sedih tersentak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan