Jumaat, 20 Julai 2018

Kerajaan Baru Sistem Lama: Bolehkah RTM?

Satu laporan Bernama menyebut:

"Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan memperkenalkan mekanisme baharu mengenai permohonan dan penyaluran dana kerajaan bagi penerbitan dokumentari untuk siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM), dalam masa terdekat.

Menterinya Gobind Singh Deo berkata sistem sedia ada mempunyai banyak kelemahan yang perlu diperbaiki, termasuk masalah ketirisan."


Kebanyakkan penggiat seni kedai kopi menyambut baik satement Menteri baru. Namun, andai diteliti, sistem kerajaan dahulu amat baik. Syarat, peraturan, procedure dalam mendapatkan tender kerajaan sebenarnya satu peraturan yang telah diteliti dan ditambahbaik dari masa ke masa.

Ketirisan itu bukannya pada ketidaksesuaian dan kelemahan sistem. Ketirisan itu pada orang yang menyelenggara sistem - pada pegawai kerajaan, pada pemilkiran dan pada branding govement servant yang telah diterap masuk zaman berzaman.

The Boss is Always Right merupakan satu sikap yang dipegang ramai pegawai kerajaan atasan, so much so, mereka mampu menyatakan pendirian mereka secara terbuka, memegang prinsip ini.

Maka siapa sahaja yang menerajui RTM, akan punya masalah kerana sikap pegawainya yang angguk tanpa soal kerana aku hanya menjalankan tugas aku. Sekumpulan lagi pegawainya yang beretika tidak pula berjawatan dan tidak ada saluran mengadu kecelakaan.

Tuan Menteri perlu menyelak semula pintu RTM, memandang tenang penjawatnya dan berkata, "kalau nak menurut biar berakal, kalau mengikut biar pintar," pijak bola raga dan bukalah kuda-kuda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan