Rabu, 19 April 2017

Jahat oleh Shafiq Ghazali

Shafiq Ghazali, 2016, Jahat, Petaling Jaya: Buku Fixi.
ISBN 978-967-0954-26-4


Jahat mengisahkan satu perjalanan dua orang pemuda, Fan dan Jude yang cuba lari dari masalah masing-masing. Seorang sedang lari dari Polis, seorang dari gangster.

Intro ceritanya terus menerus berkenaan Affan yang telah membunuh seorang bangla dobi kerana sut nya terkotor sedikit. Penceritaannya amat cliché dengan plot dan style yang 'aku
pernah tengok sebelum ni' dan 'aku dah agak dah'. Lawak dan kelakar seramnya macam nak menjadi tapi masih kasar. Macam kau tengok Fast & Furious (Van Diesel), kau dah tau ape nak jadi, kau dah tau ending, tapi masih nak tengok jugak sebab nak layan action movie.

Ditengahnya agak meleret. Kisah cintanya simple, sesuailah bagi dua orang lelaki dan perempuan yang terperangkap dalam satu situasi yang isolated dan sesiapa pun tak boleh nak tahu. Keseluruhan story tellingnya bagus.

Belum masak, tapi penulisan dan penceritaan Si Shafiq ini aku rasa akan matang dengan beberapa novel lagi. Jahat ada elemen-elemen penulisan hebat yang akan mature very very soon.

Layan jugak mise en scene Jahat ni. Set-up nya stylo. Cliché tapi stylo. Aku terbayang cerita Snatch (Guy Ritchie) entah kenapa.

Aku appriciate penulis tidak mendetailkan sex scene dalam buku ini. Kalau ada, tentu sekali ia akan memurahkan sebuah cerita yang bagus. Akhir sekali, tahap layan cerita ini aku rate 3 bintang. Tidaklah 'ternanti-nanti masa nak sambung baca' dan 'tidaklah sampai kalau ada time aku sambung'.

Dan, dan satu lagi.. best baca zaman ada internet ni. Boleh berbackground music. In a sentimental mood - Duke Ellington and John Coltrane. Ini lagu ending dan lagu credit title cerita ini. Good luck sang penulis.


Aku belajar satu benda baru.
Topi ini yang semenjak 5-10 tahun lalu mula muncul di Tanah Melayu ini namanya Fedora rupanya.

Kereta Fan. Volvo 122S.

Zakii Anwar. Cover depan tu painting dia.
Bagi yang belum explore, sila lah menggoogle painting zakii anwar.
Hilang akal.

Suit Brioni.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan