Atas banyak kelemahan pelajar (kenapa tak
bertanya pada cikgu sekolah ?) saya terpanggil untuk menulis. Selain pemakaian,
sijil dan tingkah laku sopan dan bersesuaian, sebagai pelajar yang ingin
menghadapi temuduga bidang seni tampak, anda perlu bersedia dengan portfolio
masing-masing.
Portfolio di sini
bermaksud koleksi hasil kerja anda. Perlu bawa hasil kerja atau karya anda.
Pelajar yang hadir tanpa portfolio seolah seorang pemain bola datang selection
hanya dengan sijil.
Portfolio anda
yang dimaksudkan terbahagi kepada dua. Finished work dan sketches.
Finish Work
adalah hasil karya yang siap. Habis lengkap dan selesai.
Sketches bermaksud
apa jua yang anda contengkan sambil berfikir, conteng sambil berangan dan
conteng hanya kerana conteng. Doodle. Atau apa saja. Seandai ada dalam
sketchbook dan sketchbook anda konsisten, bawak dan tunjukkan sketchbook.
Seandai work anda
digital, print out kesemuanya. Setidaknya print out beberapa yang terbaik.
Lain, simpan dalam laptop, tab, ipad atau smartphone anda. Jangan mengharapkan
baru hendak download dan tunjuk. Jangan simpan dalam thumbdrive atau DVD dan
mengharapkan penemuduga anda menyediakan kemudahan PC untuk nak tengok masa tu
jugak. Seandai tiada pilihan, call dan mohon disediakan PC.
Sekiranya anda
pernah menang pertandingan melukis, atau mencipta logo sekolah atau terlibat
dalam mengecat mural, gambar akan menguatkan sijil anda.
Anda bakal masuk
ke alam visual dan lukisan. Bersedialah dengan visual dan lukisan sepadanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan