Piala Seri Endon bukan Piala Sri Endon dan bukan Piala Seri Hendon. Pertandingan PIALA SERI ENDON atau disingkatkan sebagai PSE 16 ini juga merupakan medan pertemuan kawan-kawan lama dari industri dan dari alma matter masing-masing.
Katergori yang dipertandingkan dalam PSE 16 ini adalah Fesyen, Kraf dan Penghabis Lembut atau Kemasan Lembut atau lebih familiar dengan istilah Soft Furnishing. Pertandingan ini memerlukan lakaran tentang produk yang akan dihasilkan dan contoh kain batik untuk submition awal. Seandai
dipilih, peserta akan dipanggil untuk briefing. Dalam briefing ini dinyatakan jadual pertandingan dan syarat serta peraturannya. Ketua juri akan ada bersama sidang briefing dan ketika itu bolehlah ada amendment pada produk jika mahu. Amendment tidak melebihi 5% - 15% dari lakaran asal dengan persetujuan ketua juri tersebut. Maka hari briefing berlangsung selama satu jam. Bagi kategori soft furnishing atau penghabis lembut, peserta perlu naik ke bilik hotel yang disediakan untuk membuat ukuran perabot. Katil berapa besar, kerusi berapa panjang, tingkap berapa luas dan sebagainya.
Display untuk kraf.
Fesyen memerlukan 3 baju - 2 perempuan dan satu lelaki. Kraft memerlukan 7 produk. Untuk soft furnishing perlu 5 produk, walaupun kebanyakkan peserta akan membuat lebih dalam kategori ini. Ntah kenapa.
Kemudian akan ada hari display. Which means bagi kraf, peserta perlu display atas meja yang disediakan. Bagi soft furnishing pula peserta perlu memasang cadar dan langsir dan lain-lain hari itu. Peserta diberi masa sehari suntuk. Hanya peserta saja dibenarkan masuk bersama pembantu 2 orang. Peserta fesyen tidak terlibat dalam hari display ini. Seandai akan ada perhimpunan BERSIH pada hari display, dinasihatkan peserta membuat tempahan hotel berdekatan. Costly sikit tapi at least esoknya boleh on time untuk judging. Judging, biasanya pada hari Sabtu akan start jam 6:45 pagi. Serious. Dan akan habis petang jam 6:45 juga. Lepas habis judging, soft furnishing akan dibuka pada orang ramai menonton start dari jam 6 hingga 8 malam. Kemudian pack balik semua cantik-cantik untuk diserahkan pada puan dan cik urusetia dari Yayasan Budi Penyayang. Berseharianlah peserta di sana maka adjustlah dengan husband atau baby sitter masing-masing.
Sokongan 'kertas kerja' menunjukkan proses batik. |
Hasil karya peserta lain. Cantik display dan pelbagai. |
Ini hasil yang menjadi Juara kategori kraf Piala Seri Endon. |
Lagi team yang menyertai pertandingan. Team ini dapat saguhati. |
Keesokkan harinya merupakan hari judging bagi semua peserta. Bagi peserta kraf dan soft furnishing, mereka akan tunggu masa untuk diadili. Bagi kategori fesyen pula, memerlukan peserta ada satu seisi display atas manequin dan satu peragaan bersama model atas pentas. Bermaksud, setelah juri-juri membelek baju pada manequin, satu fashion show akan diadakan. Model disediakan. Ini dikira sebagai semi finals bagi kategori fesyen. Results bagi peserta fashion akan diumum selepas fashion show.
The big day, Piala Seri Endon Finals akan diadakan 2 minggu selepas itu. Briefing akan diadakan juga jam 6:45 pagi. Results kraft dan soft furnishing akan diumumkan selepas syuruk. Event gemilang bagi peserta fashion kerana ada fashion show belah petangnya. Bagi peserta lain, kena tunggu sampai habis event.
Sekian.
Kerja-kerja memasang produk work batik dalam bilik tersedia. |
Juara kategori Penghabis Lembut. |
Pemenang tempat ke dua. Pengusaha batik kelantan tuannya. |
Cantik, aku suka. Tapi aku bukan juri.
Nice, rich expensive colour.
Zuriati (kiri) bersama peserta kumpulan Rozarina Johari. |
Upacara menerima mock cheque dari Dato' Leela, The Queen of Malaysia dan Mrs KJ. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan