Selasa, 6 Disember 2016

Piala Seri Endon 2016

Soft Furnishing entry yang memenangi tempat ke 3 itu.

Piala Seri Endon 2016 baru sahaja berakhir minggu lepas. Tahniah diucapkan pada semua pemenang dan tidak luput juga tahniah saya pada peserta semuanya. Tahun ini, peserta favourite saya, Zuriati Mohamed Shaari bersama rakan sepasukan Hidawati Amin telah memenangi tempat ke tiga dalam kedua-dua kategori yang disertainya – penghabis lembut (soft furnishing) dan kraft. Zuriati telah memenangi pertandingan ini sebanyak 6 kali sejak mula dipertandingkan. Beliau telah terpilih ke peringkat akhir setiap kali menghantar penyertaan. Satu pencapaian. Tahun 2011 Zuriati Shaari, juga
bersama Hidawati Amin, telah merangkul tempat pertama dalam kategori Craft


Tahniah juga kepada Yayasan Penyayang kerana tetap terus menjayakan Piala Seri Endon saban tahun. Kemeriahan dan ekslusivitynya tetap dikekalkan dengan jemputan tetamu khas Permaisuri Agong setiap tahun – selayaknya untuk seni batik, warisan seni ulung negara. To be honest, saya sering berpendapat, tidak mudah untuk mendapat sponsorship dan perhatian media tanpa ada orang politik disebalik tabir, namun Yayasan Penyayang berjaya melakukannya. Tahniah juga kerana telah menyediakan tapak terbaik memartabatkan batik di Malaysia.


Dari kiri: Wanita pemegang tray, Datuk Leela Mohd Ali - CEO Yayasan Budi Penyayang,
Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah Hamidun dan Puan Nori Abdullah, Pengerusi Penyayang.






Dan di luar hall KLConvec disediakan backdrop untuk bergambar.
Maka berkerumunlah semua.




Dalam kawasan pameran KLConvec.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan