Khamis, 22 Disember 2016

Lakar Wanita


Zuriati Mohamed Shaari menerangkan worknya bertajuk Emoji kepada Dato' Mahadzir Lokman dan
Tuan Haji Said Abu, Pengarah Galeri Shah Alam.

Lakar Wanita merupakan satu pameran lukisan oleh kumpulan all-women artist yang juga diberi nama Lakar Wanita - their first self-titled group exhibition. This group was founded early this year by Zuriati Mohamed Shaari and Hidawati Amin. Juga dianggotai oleh 5 orang anggota lagi. Mereka adalah, Prof Dr Norwani Nawawi, Noriza Arzain, Elliza Hashim, Siti Hajar Abd Rahman dan Suhairi. Kesemua mereka merupakan pensyarah dari UiTM, Shah Alam dan seorang alumni. Pameran ini mengumpulkan hasil karya mereka yang terbaru dan setiap seorang mempunyai style dan stroke masing-masing yang sangat terasing antara setiap artis.

Dari kiri: Kurator Galeri Shah Alam Iszuan, Siti Hajar, Mahadzir & Tuan Hj Abu.
Artis Noriza tidak hadir kerana sakit.


Pameran yang diadakan di Galeri Shah Alam ini bermula dari 5hb Disember ke 13hb Januari 2017. Official opening pada 14hb Disember tempoh hari dan telah disempurnakan oleh Dato’ Mahadzir Lokman. Dihadiri oleh pelajar-pelajar UiTM, beberapa artist wanita, kawan-kawan
dan kakitangan FSSR UiTM memberi sokongan, Suzlee Ibrahim, Dr Azhar Jamil, Fariz Ghazali dan juga Tuan Haji Said Abu.


The speech by Mahadzir Lokman
was very encouraging.

Hidawati Amin kali ini mempamerkan rangkaian karya yang bagi saya sangat interesting. Beliau menggunakan teknik jahitan pada kanvas. Satu teknik yang jarang diterokai oleh artis lain. Lebih menarik kerana 'menjahit' itu sendiri sentiasa dikaitkan (kait) dengan kerja perempuan. Although still rough and still exploring, I am sure her work will mature in a few years and that would be captivating to see. 



Hidawati Amin berlatarkan 'Siakap Senohong' sedang ditemuramah oleh RTM.
'Taman' oleh Hidawati Amin.



'Duri' hasil karya Hidawati dan juga (gambar kanan) hasil karya Chinta Jeff anak sulong Hidawati.


Her pose that would later be in Harian Metro coverage.

Tidak kurang menarik juga adalah karya Zuriati Shaari. Perubahan dari siri pohon melayunya ke siri kucing ini masih mengekalkan style non realistic composition dan rimbun pohon-pohonnya. Ada sesetengah (mungkin kebanyakan) artis apabila bergerak dari satu tema ke satu tema lain, turut berubah bukan sahaja subject matter namun juga cara komposisinya. Namun Zuriati Shaari mengekalkan komposisi dan juga membawa elemen dedaun dari siri sebelum ini. Samada ini disengajakan atau tidak, ianya tetap menarik.

"Aku actually suka colour dia, dah mature dah. Ada stye," kata artis tersohor tanahair, Suzlee Ibrahim pada saya sebelum itu.


A continuity on previous work with a new subject matter inserted.
This may be one of her first 'transition' piece of the new series.

A straight forward artwork. Just like her friend Hidawati, Zuriati
is someone the art scene should keep an eye on. Maturity and
experience will do her good in the future.

Kombinasi smart phone murah, low light dan tak cukup masa nak edit menjadikan work ini nampak tak best.
Bukan salah artis.

Saya juga pernah melihat karya Noriza Arzain beberapa tahun sebelum ini. Ternyata tiada jalan pintas mencapai kekuatan dalam karya melainkan dengan terus buat, buat, buat dan buat. Karya Noriza juga telah ada pembaikan dari segi komposisinya. Pemilihan tema visual diary sangat dirasakan satu advantage (mungkin saja satu disadvantage) padanya untuk memasukkan apa jua subject matter yang dirasakan sesuai. Jesteru karyanya tidak perlu sama pada setiap satu. Noriza juga memasukkan typograpy dalam karyanya. Satu seni cabang grafik yang sangat berat dan teliti satu ketika dulu. Noriza tidak hadir pada hari tersebut kerana sakit.



Professor Dr. Norwani Nawawi dan worknya bersama peminatnya. Seorang pensyarah bidang tekstil, Prof Noni telah mengkaji perihal motif songket bagi kajian PhD nya. Ilmu itu terus dibawa dalam siri artworknya.

Elliza sedang ditemuramah oleh krew RTM.

Zuriati Shaari bersama pelajarnya.
Carilah kelapangan masa untuk ke galeri Shah Alam nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan