Selasa, 23 Februari 2016

Orang Lama Dalam Industri Animasi Malaysia

Aku lama dah dengar nama Pak Mat. Sejak-sejak aku masih setahun jagung dalam industri. Memang aku tak tau banyak pasal Pak Mat. Tapi nama dia selalu jugak timbul. Timbul bersama gelaran 'bapak aku' dan 'lecturer aku'. Mana taknya, anak Pak Mat, Dan, merupakan member sekerja aku masa buat post produciton dulu. Pelajar praktikel masa tu semua student Pak Mat. Baik dari UiTM mahupun dari Kolej Yayasan Melaka KYM.

Nama Pak Mat juga timbul bila senior senior industri masa tu (kuncu bos aku) sesekali menceritakan kekelakaan Pak Mat. Aku sebenarnya pernah bertemu Pak Mat sekali masa tengah animate di satu ofis di Kelana Jaya dulu. Pak Mat dan kawan-kawan dia datang atas urusan apa ntah dan sembang kuat. Diorang duduk sembang dalam bilik aku tengah animate. Masa tu bilik kat ofis tak banyak, ofis tak besar, maka itu sajalah tempat yang ada. Diorang sembang dan aku tumpang gelak.
Malam tu malam Hari Kebangsaan. Aku ingat sangat sebab Pak Mat sampai dan terus bukak cerita lawak pasal dia kena tahan kat tol Damansara. Tol tutup kejap sebagai menghormati Hari Kebangsaan. Jem la, apa lagi. Pak Mat cerita dengan gaya Pak Mat. Aku - tumpang gelak. Sampailah dah nak balik baru bos aku tanya "Kau tak kenal ni? Ini lah bapak Si Dan,"

Aku salam Pak Mat sekali lagi.

Pak Mat aku jumpa sekali lagi pagi tadi secara formal kerana ingin mendapatkan cerita lama dan cerita peribadi dia. Projek Sejarah Animasi Malaysia. Projek Animation Oral History oleh ASWARA. So aku pergi ke rumah Pak Mat untuk menemuramah seorang animator lama dalam industri.

Sangat best. Satu penceritaan pengalaman yang datang dari seorang animator. Cara kerja dan proses frame by frame dan proses cell dijelaskan. Renyah. Memang aku tau dan aku faham kerenyahannya. Aku bukan tak tau proses animate frame by frame. Tapi cara Pak Mat cerita cukup bagus. Atau mungkin aku memang ada rasa hormat pada dia yang apa saja keluar dari mulutnya aku rasa best, tak tau la. Aku kagum dengan kebolehan dan skill yang ada pada Pak Mat. Paintingnya memenuhi rumah. Work lamanya tersimpan kemas. Drawing dalam sketchbooknya mengagumkan. Pak Mat sememangnya seorang artist at heart and it shows in all things he does, I suppose.

Pak Mat seorang graduan ITM dari School of Art & Design batch pertama. Kalau tak silap aku, batch pertama la. Masa tu bukan UiTM dan bukan Fakulti. Pak Mat fine artist dan figure drawing nya power. Foreshortening power. Keypose dia power. Selepas grad, Pak Mat terus bekerja di Filem Negara Malaysia (sekarang dah pupus) dimana dia belajar untuk buat animation. Bukan dia belajar sorang-sorang, dia belajar bersama-sama rakan sekerja lain, Pak Hassan, Xavier, Sharifuddin (Arwah), Shafip Don (Arwah) dan beberapa orang lain. Masa tu animasi kat Malaysia masih baru dan mentah. Itu cerita sekitar tahun 1972 dan animasi memang satu istilah yang agak sukar untuk umum sebut apalagi faham.

Beliau kemudiannya masuk commercial line dan berkhidmat untuk Lensa, kemudaian Lensamation. Pak Mat ke Jepun belajar bawah bimbingan TOEI Animation. Setelah berdebum-berdebam buat TVC selama lebih 10 tahun akhirnya Pak Mat quit the industry pada tahun 1996, untuk mengajar. Mungkin bukan kerana 'untuk' tapi apa jua sebabnya, Pak Mat quit.

Storyboard asal Man Spider.
Sebelum Pak Mat meninggalkan dunia animasi dan dunia TVC, bawah Lensamation yang diterajuinya, Pak Mat sempat buat dan hampir siapkan animasi Man Spider. Satu animasi yang tajuknya timbul tenggelam. Sejak awal abad ini aku dah dengar pasal Man Spider. Rupanya sejarah Man Spider lebih lama dari 'sejak awal abad ini.'

Pak Mat mengajar di sebuah kolej di Old Klang Road sebelum bergerak ke UiTM dan KYM dan akhirnya Unisel.

Sejarah hidup Pak Mat merupakan sebahagian dari sejarah animasi Malaysia sendiri. Sumbangannya terhadap kreativiti dan pembelajaran animasi Malaysia tidak boleh disangkal.

Bersama Pak Mat selama 2 jam sangat menarik. Menarik sebab 'orang tua' ni memang passionate pasal kerjanya. Menarik sebab dia sebenarnya berguru di TOEI Jepun. Menarik kerana masa tu Pak Mat tarik keluar filem disney dan 'teropong' dan tiru satu per satu, frame by frame motion character dalam filem itu untuk belajar. Pak Mat buat reverse engineering lebih kurang. Dia buat macam mana Jepun satu ketika dulu telah meleraikan washing machine dari USA untuk belajar pembuatannya. Tanpa guru, tanpa buku. Hanya tekad.

Sketches Pak Mat semasa trip ke Bali.

Painting atas rak buku. Telengkan kepala anda.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan