Rabu, 13 Julai 2016

Majalah Hiburan Yang Rare

Satu ketika dulu Shaw Brothers pernah menerbitkan siri-siri majalah kecil (zine) bagi setiap wayang filem yang dikeluarkan mereka. Buku ini diterbitkan sekitar tahun 1950an. Buku ini sangat rare. Aku bukan peminat filem namun buku seperti ini menarik. Kini dalam simpanan Kursi P.Ramlee Aswara.


Derita, Shorga Dunia, Panggilan Pulau dan beberapa lagi tajuk wayang telah diterbitkan sebagai sebuah majalah (zine) sebagai, aku agak, cara lain mempromosikan filem itu sendiri. Majalah-majalah ini punya dua muka utama. Satu berbahasa Inggeris, satu berbahasa melayu bertulisan jawi. Dalamnya mengisahkan filem ini, artikel artikel berkenaan dan penulisan am berkenaan industri filem sendiri. Ada juga music score, catatan santai dan lawak jenaka nukilan AR Tompel.



Ini dari muka dalam majalah Salah Siapa? Aku kenal hanya P.Ramlee yang mendukung bayi. Mungkin dari scene filem itu sendiri. Artikel sini berbahasa Melayu bertulisan jawi. Bawah gambar P.Ramlee itu pada perenggan kedua ada sikit aku boleh baca:

Empat,
Mungkinkah seorang itu disalahkan hak dia melarang anaknya menikah dengan gadis yang tak setaraf dengannya. Pada hal ayah itu ketahui, hak dia membenarkannya sudah tentu cita-cita anaknya akan hampa dan hidupnya akan kecewa !

Menarik.



Ini pula dari majalah Panggilan Pulau. Juga diselitkan adalah iklan atau promo filem Perjodohan arahan B.N. Rau dan lakonan P.Ramlee dan Normadiah juga Nordin Ahmad.


Majalah ini dari judol Bapa Saya dan sebelah kanannya adalah score bagi lagu Getaran Jiwa. Lagu ini ciptaan Osman Ahmad dan 'syair' (time tu tak sebut lirik agaknya - lebih bijak) oleh S.Sudarmadji dan Osman Ahmad. Muka kirinya adalah poster atau iklan atau promo bagi filem Penghidupan. 'Starring your favourite starts P.Ramlee & Rokiah' tercatat padanya.

Kita biasa dengan majalah lama Filem. Ada terpamer di Finas. Namun majalah tanpa tajuk umum ini amat jarang dijumpai. Amat rare. Aku tahu bilamana ke Pameran P.Ramlee bulan Mei yang lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan