Rabu, 8 Februari 2017

From Mouse Deer To Mouse - 70 Years of Malaysian Animation

Transformers was made in Malaysia ! A fact taken from the book From Mouse Deer To Mouse - 70 Years of Malaysian Animation (ISBN 978-983-2538-33-2) and was written by Hassan Abd. Muthalib. This is the first publication to document Malaysia's animation history.

The book starts of with some detailing on world animation history and the animation techniques used in the past and present. It then goes on with Malaysia's animation history. A lot of the early parts were about Filem Negara Malaysia (now Finas PJ), the only place animation can be produce then.

The book then goes on to tell about the people and companies that has been part of Malaysia animation industry up till today. I like the fact that the writer uses a first person style of writing, making it sound personal.

Hassan took 10 years to write this book - alone. It involves 'enormous amount of research' but he admits 'some did not respond to my (his) queries or request.' Higher learning institution, universities, libraries and schools should each have a copy of this. A good reference for education.

This 293 pages, hard cover book is being sold at RM120 each. There's only 1000 copies and every

Khamis, 2 Februari 2017

Seni Lukis Dan Seni Reka | Adakah Saya Berminat ? | Tips Bagi Lepasan SPM

Ya. Ada yang datang bertopi sambil pegang handphone ketika temuduga.

Betulkah saya berminat dalam kursus senilukis dan seni reka? Am I really interested in Art & Design courses? Seandai anda lepasan SPM dan masih tercari-cari hala tuju, ini cara detect minat anda.

Berapa banyakkah anda melukis?
Berapa banyakkah anda melakukan kerja kraf?
Adakah anda mempunyai sketchbook secara terurus?
Anda mempunyai webpage / deviantart / behance account?
Melukis itu menggembirakan anda?

Jawapan yang positif bagi soalan tersebut menunjukkan minat anda.

Saya, sejak setahun lepas, berpeluang menemuduga calon-calon pelajar yang ingin meneruskan pembelajaran dalam bidang animasi (cabang senilukis dan seni reka - art & design.) Saya dapati ada ramai pelajar lepasan SPM yang tidak berminat dan tidak pernah melukis (secara konsisten atau secara hobi) namun ingin meneruskan dalam bidang art & design - hanya kerana tiada pilihan lain. Dan hanya kerana ingin ke universiti. Jangan. Nasihat saya jangan. You'll be wasting your time.

Bagi yang berminat, baca lagi.

Rabu, 1 Februari 2017

Haiya BidDoa -Doa Kebaikan Dunia Akhirat


رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
[البقرة :201]

Wahai Tuhan Kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebikan di akhirat.
Dan peliharalah kami dari siksa api neraka.

Our Lord! Grant us good in this world and good in the hereafter, and save us from the chastisement of the fire.

Selasa, 31 Januari 2017

Bukittinggi, Padang Tour: What To Expect

Bukittinggi tour. Malaysian will search for Bukit Tinggi and that will get you to Bukit Tinggi near Genting. This article will talk about Bukittinggi in Sumatera Barat. A town near to Padang. A city of the Mingkabau people. It is an hour flight from KLIA.

I went to Bukittinggi in December last year and it's a little messed up holiday plan. Nice, but a little messed up. So, here are the things to expect for you to plan for your holidays there. And some tips.

Not to misguide readers, Minangkabau people are nice and friendly, the tour guide was helpful, the weather was a little cool compared to home, nothing to hate really.

It is just that I did not expect some unexpected things for a tourist spot most Malaysian will go after Bali, Jakarta and Surabaya and Bandung. So here goes. Read on..

Khamis, 19 Januari 2017

Isnin, 9 Januari 2017

Malaysia First TV Series Animation Director: Kamn Ismail.


Kamn Ismail, Pengarah Animasi TV Bersiri Pertama Malaysia.
Kamarudin bin Ismail dilahirkan di Pengkalan Balak, Melaka, sebuah pekan kecil di tepi laut, pada tahun 1956 kepada pasangan Ismail b. Omar dan Habibah bt. Habib. Itu nama penuhnya. Dalam industri animasi ini orang kenal beliau dengan panggilan En Kamn. Kamn Ismail. Orang lama dalam industri dan orang yang bertanggung jawab mencetus idea asal Kluang Man.

Temuramah dengan En Kamn telah lama dibuat. 6 bulan lepas sebenarnya. Aku sebenarnya nak buat beberapa lagi interview dengan orang lain seangkatan En Kamn sebelum aku tulis satu artikel. Cross reference kata orang. Tapi memandangkan setelah 6 bulan aku masih tidak tercari masa, aku rasa biarlah aku start tulis mana yang ada dulu. Ini cerita ringkas perihal En Kamn. Amat ringkas.

Walaupun lahir di Melaka, En Kamn dibesarkan di Kuala Lumpur dan bersekolah di Methodist Boys School Sentul – rendah dan menengah. Setelah tamat persekolahan, beliau menjadi pelukis “dek kerana result tidak memuaskan.” Beliau bekerja dengan MacLean & Company, satu studio dari United Kingdom yang sedang menjalankan pengambaran filem di Malaysia ketika itu. En Kamn menjadi scenic painter dalam studio itu dan filem yang dihasilkan adalah filem Paper Tiger (1975) arahan Ken Annakin. En Kamn kemudiannya ditawarkan untuk terus bersama MacLean & Company di London, namun kerana agak terlalu muda, ayah dan datuknya tidak membenarkan En Kamn pergi.



 
En Kamn seterusnya bekerja sebagai kerani di KTM sehinggalah tahun 1992 apabila KTM diswastakan. Kemudian beliau menceburi bidang animasi bersama Osman Yusof dan Micheal Lam dan berjaya menghasilkan Usop Sontorian. Beliaulah pengarah animasi siri TV pertama di Malaysia. Character development Usop Sontorian dihasilkan oleh kartunis Ujang (tepuk!). Selepas Usop Sontorian, En Kamn menghasilkan pula Kluang Man, siri kartun popular zaman 90an dulu. Kluang Man merupakan idea En Kamn yang mengambil ilham dari Batman.

“Saya tak sangka audience boleh terima idea saya macam tu,” kata Kamn mengenang kembali.

Dari Mega Dynamic, UAS ke Kharisma, En Kamn akhirnya menubuhkan Quest Animation, syarikat animasinya sendiri. Dunia bisnes animasi Malaysia tidaklah sekukuh mana. Walau diduga naik turun jatuh bangun, En Kamn tidak pernah mengalah.

“Mengalah tu takde. Zero!” tegas En Kamn. “Macam mana nak mengalah? Macam bende kau makan minum, macam mana nak mengalah?” tegas beliau bila ditanya pengalaman peritnya.

Setiap projek baru akan membuat En Kamn teruja. Minat dalam bidang seni ini kukuh dalam dirinya. Animasi terakhir En Kamn bersama Quest Animation adalah siri Mat Kilau dan kerana kurang sihat, beberapa tahun lepas, En Kamn memilih untuk mengundur diri dari dunia animasi.
Bersama Amier Hamzah, President ANIMAS.
En Kamn sedang bercerita sesuatu dengan kartunis Kidol.

Update: Encik Kamn Ismail telah kembali ke rahmatullah pada 8 Disember 2019.

Buku Sejarah Animasi Malaysia
http://farizghazali.blogspot.my/2017/02/from-mouse-deer-to-mouse-70-years-of.html


Rujukan dan Sumber Lain





salleh ben joned

http://ameirhamzahhashim.blogspot.my/