Ya. Ada yang datang bertopi sambil pegang handphone ketika temuduga. |
Betulkah saya berminat dalam kursus senilukis dan seni reka? Am I really interested in Art & Design courses? Seandai anda lepasan SPM dan masih tercari-cari hala tuju, ini cara detect minat anda.
Berapa banyakkah anda melukis?
Berapa banyakkah anda melakukan kerja kraf?
Adakah anda mempunyai sketchbook secara terurus?
Anda mempunyai webpage / deviantart / behance account?
Melukis itu menggembirakan anda?
Jawapan yang positif bagi soalan tersebut menunjukkan minat anda.
Saya, sejak setahun lepas, berpeluang menemuduga calon-calon pelajar yang ingin meneruskan pembelajaran dalam bidang animasi (cabang senilukis dan seni reka - art & design.) Saya dapati ada ramai pelajar lepasan SPM yang tidak berminat dan tidak pernah melukis (secara konsisten atau secara hobi) namun ingin meneruskan dalam bidang art & design - hanya kerana tiada pilihan lain. Dan hanya kerana ingin ke universiti. Jangan. Nasihat saya jangan. You'll be wasting your time.
Bagi yang berminat, baca lagi.
CABANG SENI
Kebanyakkan institut pengajian tinggi awam menawarkan pelbagai cabang dalam bidang seni. Seni terbahagi kepada dua bidang besar - seni tampak dan seni persembahan. Di bawah dua bidang ini terbahagi pula kepada cabang-cabang lain. Seperti bidang olahraga, seorang pelari pecut tidak semestinya berbakat dalam acara lontar peluru dan pelari jarak jauh tidak boleh lompat tinggi.
Seni ada banyak:
Seni Halus (Fine Art) terbahagi lagi kepada catan dan arca.
Seni Grafik
Seni Reka Fesyen
Seni Reka Logam Halus
Seni Seramik
Seni Tekstil
Seni Tari
Seni Musik
Seni.. macam-macam lagi.
Jadi, kenalpasti skill, minat dan kecenderungan anda. How?
Cara termudah is to google.
Cara terbaik adalah dengan membuat lawatan pada IPT pilihan anda dan bercakap dengan pelajar atau pensyarah sana. Cara paling berkesan adalah dengan melihat hasil kerja mereka.
MASA DEPAN
Anda most likely akan end up jadi designer. Or doing design related work.
TIDAK MINAT MEMBACA & MATHS
Kebanyakkan pelajar lepasan SPM yang ingin masuk bidang seni lukis dan seni reka (sebenarnya kebanyakan designer dan artist juga) ini beranggapan seni itu tidak perlu membaca dan mengira.
"Aku memang lemah maths, biasalah aku orang seni kan,"
Salah !
Seni memerlukan idea. Idea datang dari pemerhatian, pembacaan, pembacaan dan pembacaan.
Seni reka pula merupakan cara kreatif menyelesaikan masalah. Penat jalan? Diciptanya basikal, malas kayuh diciptanya motorsikal.. and so on. Menyelesaikan masalah merupakan logik. Logik itu maths.
So jangan percaya mitos 'seni tidak memerlukan membaca dan maths' itu.
SENI SENANG
Seandainya anda berbakat, anda berminat, senang lah sebenarnya.
GOOD LUCK
Good luck dalam pilihan anda. Sedikit ungkapan saya petik dari err.. internet.
Do what you love doing and you will never work a day in your life again.
To work without passion (interest) is slavery.
salam fariz... anak saya lepas spm. dan hobi dia memng minat melukis. ipt mana yg sesuai tuk anak saya
BalasPadamboleh fariz wasap saya di no 0192224901. tq
BalasPadam