Kamn Ismail, Pengarah Animasi TV Bersiri Pertama Malaysia. |
Kamarudin bin Ismail dilahirkan di Pengkalan Balak, Melaka,
sebuah pekan kecil di tepi laut, pada tahun 1956 kepada pasangan Ismail b. Omar
dan Habibah bt. Habib. Itu nama penuhnya. Dalam industri animasi ini orang
kenal beliau dengan panggilan En Kamn. Kamn Ismail. Orang lama dalam industri
dan orang yang bertanggung jawab mencetus idea asal Kluang Man.
Temuramah dengan En Kamn telah lama dibuat. 6 bulan lepas
sebenarnya. Aku sebenarnya nak buat beberapa lagi interview dengan orang lain
seangkatan En Kamn sebelum aku tulis satu artikel. Cross reference kata orang.
Tapi memandangkan setelah 6 bulan aku masih tidak tercari masa, aku rasa
biarlah aku start tulis mana yang ada dulu. Ini cerita ringkas perihal En Kamn. Amat ringkas.
Walaupun lahir di Melaka, En Kamn dibesarkan di Kuala Lumpur
dan bersekolah di Methodist Boys School Sentul – rendah dan menengah. Setelah
tamat persekolahan, beliau menjadi pelukis “dek kerana result tidak memuaskan.” Beliau bekerja dengan MacLean & Company, satu studio dari United Kingdom yang sedang menjalankan pengambaran filem di Malaysia ketika itu. En Kamn menjadi scenic painter dalam studio itu dan filem yang dihasilkan adalah filem Paper Tiger (1975) arahan Ken Annakin. En Kamn kemudiannya ditawarkan untuk terus bersama MacLean & Company di London, namun kerana agak terlalu muda, ayah dan datuknya tidak membenarkan En Kamn pergi.
En Kamn seterusnya bekerja sebagai kerani di KTM sehinggalah
tahun 1992 apabila KTM diswastakan. Kemudian beliau menceburi bidang animasi
bersama Osman Yusof dan Micheal Lam dan berjaya menghasilkan Usop
Sontorian. Beliaulah pengarah animasi siri TV pertama di Malaysia. Character
development Usop Sontorian dihasilkan oleh kartunis Ujang (tepuk!). Selepas
Usop Sontorian, En Kamn menghasilkan pula Kluang Man, siri kartun popular zaman
90an dulu. Kluang Man merupakan idea En Kamn yang mengambil ilham dari Batman.
“Saya tak sangka audience boleh terima idea saya macam tu,”
kata Kamn mengenang kembali.
Dari Mega Dynamic, UAS ke Kharisma, En Kamn akhirnya menubuhkan Quest Animation, syarikat
animasinya sendiri. Dunia bisnes animasi Malaysia tidaklah sekukuh mana. Walau
diduga naik turun jatuh bangun, En Kamn tidak pernah mengalah.
“Mengalah tu takde. Zero!” tegas En Kamn. “Macam mana nak
mengalah? Macam bende kau makan minum, macam mana nak mengalah?” tegas beliau
bila ditanya pengalaman peritnya.
Setiap projek baru akan membuat En Kamn teruja. Minat dalam
bidang seni ini kukuh dalam dirinya. Animasi terakhir En Kamn bersama Quest
Animation adalah siri Mat Kilau dan kerana kurang sihat, beberapa tahun lepas, En
Kamn memilih untuk mengundur diri dari dunia animasi.
Bersama Amier Hamzah, President ANIMAS. |
En Kamn sedang bercerita sesuatu dengan kartunis Kidol. |
Update: Encik Kamn Ismail telah kembali ke rahmatullah pada 8 Disember 2019.
Buku Sejarah Animasi Malaysia
http://farizghazali.blogspot.my/2017/02/from-mouse-deer-to-mouse-70-years-of.html
Rujukan dan Sumber Lain
salleh ben joned
http://ameirhamzahhashim.blogspot.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan