|
Mereka semua kartunis! |
April merupakan Bulan Kartunis Malaysia. Maka, mereka yang pernah atau sedang mencari makan sebagai seorang pelukis kartun dan komik, layak disambut dalam bulan ini. Tahun lepas, 1 April diangkat sebagai Hari Kartunis Malaysia, tahun ini, telah dibulankan.
Aku yang kebetulan berada sekitar Rumah Kartun dan Komik Malaysia, Tasik Perdana, ini mengambil kesempatan hadir pada majlis perasmian
Bulan Kartunis Malaysia. Dalam berpuluh-puluh kartunis yang hadir, aku cuma kenal seorang dua sahaja - itu pun dari dalam dunia animasi. Aku tak tahupun mereka kartunis. Majlis perasmian berlangsung dengan sederhana dan meriah. Dinding-dinding pameran penuh dengan hasil karya orang-orang berbakat, sehingga boleh
menimbulkan perasaan 'aku memang tak reti lukis' dalam diri ini. Juga ada makanan, ada kek birthday Rumah Komik dan Kartun ini, ada jualan, ada sembang, ada pelukan dan ada gelak ketawa. Aku terjegat pada satu sudut senyum melihat semua ini.
Majlis ini aku pasti akan mendapat liputan meluas. Mana tidaknya, kartunis banyak bekerjasama dengan media cetak. Utusan, Berita harian seumpamanya. Semestinya mereka punya kawan-kawan wartawan dan perkara ini menarik dilaporkan.
April diangkat menjadi bulan kartunis atas alasan majalah Gila-Gila diterbitkan pada bulan April 1978. Gila-Gila dan sumbangan serta pengaruhnya pada masyarakat dan sejarah kartun tidak boleh dinafikan. Gila-Gila selalu juga menjadi trend setter pada lawak dan penggunaan perkataan baru. Jauh dari zaman kegemilangannya, namun Gila-Gila masih terbit.
Apapun, pameran yang berlangsung sangat berbaloi untuk dikunjungi. Pergilah.. RM5 je.
|
Dari dinding-dinding RKKM |
|
Ujang sentiasa ada peminat. |
|
Dari dinding-dinding RKKM. Ini kartun 1947. |
|
Kartunis Kidol (kanan) ditemuramah oleh orang DBP.
Atau mungkin juga mereka sedang bersembang kosong, aku tak semak. |
|
Karikarturis Amir sedang ditemuramah. Gila power. |
|
Salah satu karikatur oleh Amir. Ini Don. |
|
Mereka kartunis |
|
Dari dinding RKKM |
|
Sebelum digital, kartunis pakai pen dan ink |
|
Ujang datang approach aku! Legend datang kat aku tau.. Pau rokok daun. |
|
RM 5 per entry |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan