Khamis, 11 April 2019

Pameran WANITA INSPIRASIKU: 1 APRIL - 30 JUN


Semalam 9hb April 2019, telah berlangsung satu opening ceremony kepada satu pameran seni WANITA INSPIRASIKU. Pameran ini diadakan di Petangi Coffee House, Aras 5, Hotel Premiera, KL. Hotel ini terletak bersebelahan Mara Digital Mall.

Hotel Premiera menganjurkan satu siri pameran yang diberinama SIRI PAMERAN LUKISAN@PREMIERA 2-2019. Pameran ini berlangsung sepanjang tahun. Segmen Satu baru sudah tamat, dan WANITA INSPIRASIKU merupakan Segmen pameran ke duanya. WANITA INSPIRASIKU akan berpamer dari 1 April hingga 30 Jun 2019. Pameran seni ini mengetengahkan 4 orang artist wanita yang hebat - Ustazah Asni Abu Mansor Al Hafizah, Lyna Khairi, Hidawati Amin dan Zurin Shaari.

Opening ceremony semalam telah disempurnakan oleh Noor Seela bt. Noor Sulaiman, Pengarah Cawangan Dokumentasi, JKKN. Majlis yang sama juga memperkenalkan set buffet Ramadhan dan set buffet Hari Ibu hotel ini bersama grup pemusik ala nashid AWLA.

Jangan tanya kenapa penulisan ini skima ya amat. Sekian.

Penganjur, Puan Samirah mendeklamasikan sebuah sajak.

Siri Buah Hati, Lyna Khairi.

Mereka yang hadir bersama Ustazah Asni Abu Mansor



Zurin Shaari & Seela berlatarkan catan 

Ustazah Asni dan karyanya.

Women Power: Hidawati, Lyna, Samirah, Seela, Zurin dan Asni.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan