Isnin, 18 September 2017

Lukisan Siti Suhaana



Artikel asal: https://www.hmetro.com.my/setempat/2017/09/263240/potret-kehidupan-suka-duka-p-ramlee-metrotv

Jumaat, 15 September 2017

Pameran Karikatur P.Ramlee

Lagi gambar dikutip sekitar alam maya. Kebanyakan dari insta artis sendiri.. Mohon klik 'baca lagi'

Datuk Lat bersama artis Ryzal Mysran

Lagi gambar bersama kartunis Lat

Pengkarya Nur Dalila & Lat

Bersama Datuk Lat di perasmian 2017

Datuk Lat menghampiri pelukis Rushdi.

Maka selesai upacara perasmian, Datuk pun dibawa jalan sekitar galeri diiringi kurator separuh masa, Encik Marzuki dan 'kurator-kurator' lain. Inilah lazimnya proceedure kat galeri. 

Datuk Lat di Galeri ASWARA

Lagi gambar Datuk Lat di pameran Potret & Karikatur P.Ramlee.


Khamis, 14 September 2017

Datuk Lat & Tan Sri P.Ramlee


Datuk Lat Merasmikan Pameran Potret & Karikatur P.Ramlee

Perasmian Pameran Potret & Karikatur P.Ramlee, ilham kartunis Kidol dan anjuran ASWARA telah berlangsung dengan jayanya pada 13hb September 2017. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih pada Datuk Lat, walau kini kurang sihat, telah hadir susah payah dari Ipoh.

Menariknya, pameran ini berjaya mengumpulkan hampir 70 karya dalam pelbagai media dan

Selasa, 12 September 2017

Lat the Storyteller


Aku melukis. Aku memang suka melukis. Cantik tak cantik belakang kira. Aku menganggap dan merasakan aku seorang artis. Walaupun ramai tak setuju, tapi itu pendapat peribadi. Aku melukis.

Aku mula melukis sejak kanak-kanak lagi. Aku tak tau sejak umur berapa, tiada ‘hari bersejarah’ dan titik mula yang jelas, tapi aku ingat ketika berumur 8 tahun, aku melukis watak-watak ciptaan Lat dari Keluarga Si Mamat setepat-tepatnya. Berwarna-warni menggunakan magic colour. Aku meminati karya Datuk Lat. Aku ada 2 orang cartoonist yang aku minat, Ujang dan Datuk Lat. Aku baca karya Datuk Lat sejak dibangku sekolah lagi. Ibu bapa aku tidak pernah ketinggalan memiliki buku-buku collection Datuk Lat. Walaupun kini sudah terlerai-lerai dan sedikit lusuh, koleksi ini masih tersimpan rapi di rumah.