Khamis, 14 September 2017

Datuk Lat & Tan Sri P.Ramlee











Teks Ucapan Pembukaan oleh Rektor

Terlebih dahulu, bersama-samalah kita memanjat kesyukuran kepada yang Maha Esa kerana dengan izinNya dapat kita berkumpul pada hari ini untuk memeriahkan Majlis Perasmian Pameran Terbuka Potret dan Karikatur P. Ramlee.

Saya mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Pameran sebegini yang julung-julung kali diadakan di ASWARA ini. Pameran Terbuka Potret dan Karikatur P.Ramlee ini, mengumpulkan sekitar 60 karya yang dihasilkan oleh pelukis-pelukis Malaysia. Kita dapat lihat P. Ramlee ini masih relevan sehingga hari ini. Karya-karya P. Ramlee ini, menjadi rujukan dan sumber inspirasi bagi karyawan-karyawan.
Keistimewaan Pameran Terbuka ini disertai oleh pelukis-pelukis dari pelbagai peringkat umur, dari pelajar sekolah menengah hingga yang telah bekerja. Pelukis juga terdiri dari mereka yang mempunyai pelbagai latarbelakang pekerjaan. Melihat pada karya  P. Ramlee, kita dapati, beliau sebenarnya membuat rujukan yang banyak untuk menghasilkan karya berkualiti. Karyanya bukan datang sendiri, tetapi ia digarap dengan kurniaan bakat, ketekunan membuat rujukan dan kesungguhan sewaktu bekerja.
Petikan penulisan dari majalah filem Salah Siapa? , yang saya kira memperlihatkan darjat sebenar seni dari P.Ramlee iaitu:-

“Kalau Amerika bangga dengan Valentinonya, Mesir dengan Abdul Wahabnya, India dengan Ashok Kumarnya, Alam Melayu tidak ketinggalan untuk menjadi bangga dengan P. Ramlee...”

Akhir kata dari saya, sekalung tahniah untuk para Pelukis. Saya sangat berharap agar Pelukis teruskan berkarya.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan