Selasa, 15 November 2016

The Great Sultan 1453 – Perang Varna: Ulasan Buku


The Great Sultan 1453 - Perang Varna. Tangan aku
di situ untuk menjelaskan kadar banding buku.
Satu perkara yang diabaikan dalam kebanyakan packaging design.


Hari minggu lepas aku sibuk keluar masuk beberapa gedung buku. Enam kesemuanya. Aku mencari buku teks darjah 2 untuk menggantikan buku anak aku yang hilang. Sebelum ini aku hanya baca kes ini terjadi pada parents lain, kali ini giliran aku pulak. Sebalik menyelak-nyelak mencari buku teks, aku terselak satu komik, atau lebih rapat istilahnya kepada graphic novel, berbahasa Melayu. Di sini aku nak ulas sedikit berkenaan graphic novel The Great Sultan 1453 – Perang Varna. Dilukis oleh Handri Satria. Melihat pada namanya aku percaya artist ini berasal dari negara jiran kita, Indonesia. Graphic novel ini terbitan Humaira Publication. Harganya RM25.00 sahaja (amat murah !) dan diterbitkan pada pertengahan tahun ini.

Buku, komik atau graphic novel atau apa jua istilah yang ingin diberikan ini seharusnya anda ...
...semua miliki. Sultan Muhammad Al-Fateh merupakan seorang Sultan Kerajaan Uthmaniyah yang terkenal. Sifat waraqnya menjadi sebutan. Bersama Halil Pasha dan Zaganos Pasha (nama anak aku Hud Zaganos) panglima perangnya dan askar-askarnya yang amat beriman pada Allah, baginda sultan ini berjaya menakluk Konstantinopal pada umur 21 tahun. Bacalah buku pasal Muhammad Al Fateh. Banyak pengajaran dan pengharapan yang dapat kita amati. Cerita  lakaran Handri Satria ini bermula dari lahirnya si Al-Fateh sehinggalah perang pertama dialaminya. Aku sebenarnya tak puas baca dan meneliti hasil karya buku ini. Agak cepat rasanya panel-panel itu bergerak dari satu cerita ke cerita yang lain. Namun, aku faham jerihnya melukis komik. Style yang dibawa oleh Handri sangat baik. Block colours. Jelas colour moodnya. Bagus inkingnya. Namun tidak vibrant atau terang cerah seperti komik superhero kebiasaan DC atau Marvel. Sesuailah dengan tema dan gaya penceritaan. Figure drawing amat tepat, kuda-kudanya tidak kelihatan cacat. Semua best.

Graphic novel sebenarnya memerlukan lebih gambar untuk diulas, maka aku uploadkan gambar-gambar dari buku ini.


Verdict: Kena beli buku ini.

Terbitan Humaira Publication.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan