Jumaat, 20 Februari 2015

Doa Ringkas Lepas Solat


Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, Akhirilah hidup kami dengan husnul-khotimah (akhiran yang baik)
dan jangan kau akhiri hidup kami dengan su-ul khotimah (akhiran yang buruk)

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian Nya.
ALI IMRAN 8
Wahai Tuhan kami! Berilah pada kami kebaikan dunia dan akhirat, dan peliharalah kami dari arab api neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

*salah silap tlg email saya segera

Tiada ulasan:

Catat Ulasan