Sesuatu yang menarik di (berdekatan) Kuantan adalah Lombong Bijih Timah Sg Lembing. Lima bintang, family oriented, tidak lucah dan tiket berbaloi. Ianya sebuah lombong bawah tanah (terowong) yang telah ditinggalkan dan kami menghabiskan dua jam di sana.
Di Mana Sebenarnya ?
Terletak di Sg Lembing, Pahang. Dari pantai Teluk Chempedak lebih kurang sejam drive. Menyusuri jalan kampung yang aman namun sesekali dikejutkan oleh si rempit tempatan. Pekan Sg Lembing juga interesting. Pekan lama pekan cina.
Keretapi bijih lama yang digunakan sebagai ride ke dalam terowong bijih. |
Apa Sebenarnya Tempat Ini ?
Tempat ini adalah sebuah tinggalan lombong bawah tanah. Masuklah tengok terowong terowong. Kini telah berpenghawa dingin, dulu mesti habuk dan panas berbahang, dengan ramainya orang dan kerja dilakukan.
Tiket masuk hanyalah RM15 bagi dewasa dan RM7.50 bagi anak-anak. Orang luar bayar double.
Apa Sejarahnya?
Lombong ini dibuka oleh seorang pendatang cari China pada tahun 1868. Bijih timah ditemui di situ. Maka mereka pun terus mengorek dan mengorek dan mengorek terowong untuk timah. Hampir kesemua pekerja adalah orang China - kini telah menetap sini. Lombong ini kemudiannya bertukar tangan ke orang British. Standart la sejarah kita, sejarah dijajah dimamah. Sg Lembing kaya ketika itu. Timah in demand bilamana perang dunia meletus. Buat peluru. Sg Lembing lagi kaya.
Pemandu Pelancong (biru) menerangkan fakta dan sejarah lombong. |
Lombong bijih ini sebenarnya adalah terowong bawah bukit yang digali. Terowong terpanjang dunia. Namun hampir kesemuanya ditutup atas faktor keselamatan. Air menitik sana sini dalam ini. Air bukit. Oleh kerana tidak ada lagi pam penyedut air keluar, 5 tingkat terbawah terowong kini telah dipenuhi air.
Lombong bijih Sg Lembing kini berpenghawa dingin. Bayangkan dulu mereka ramai dan kerja dalam keadaan panas. Suhu mencapai 43 darjah selsius. Pekerja sini hanya bertopi besi dan berseluar pendek.
Pekan Sg Lembing
Pekan ini pekan lama. Pekan cina. Kalau nak buat movie ber mise en scene kan 1990an bolehlah ke sini. Sabtu petang, pekan ini lengang tak berpenghuni. Boleh dikira orang di sini. Kedai jam tak berjaga, kedai makan tak berpelanggan, kedai arak hanya beriklan dan banyak juga kedai tak bukak langsung.
Tidak pula dinyatakan gambar hitam putih itu tahun berapa. |
Cantik untuk diwater colour kan |
Berbaloi
Lombong Bijih TImah Sg Lembing berbaloi dilawati. Sejarahnya kita rasa sendiri. Kita baca dan kita faham yang kita pernah dijajah atau pernah dibiar terjajah. Tempat ini bersih terjaga dan ada juga kedai cenderahati yang tidak lopek (standart la jugak). Ada juga pameran barangan dan gambar lama. Kecil, open air namun cukup informatif.
Gambar lama dan sedikit info |
Ini biasa dalam movie koboi dulu-dulu. |
Sekian. Pergilah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan