Aku satu malam tu, dalam dok
surfing channel TV aku tersinggah kat satu rancangan anugerah tempatan. Yang mana aku tak ingat (atau mungkin sengaja tidak mahu ingat)
Teringat yang aku
pernah tempoh hari diberi mandat menilai hasil karya dokumentari dalam satu
pertandingan. Aku menjadi juri untuk menilai
best editing. Selepas beberapa belas tahun terlibat dalam dunia yang
melibatkan editing baru aku perasan
satu benda. Kita sebenarnya tidak akan boleh nilai hasil editing yang baik
melalui final product itu sendiri. Betul ke ?