Isnin, 5 Oktober 2015

Pameran Karya Lat

Financial Lateracy atau dibahasakebangsaankan menjadi LATerasi Kewangan. Menarik.

Tengahhari tu aku sempat bersembang dengan Pak Hassan Muthalib dan petang tu aku dijemput ke opening Financial Lateracy di Sasana Kijang Bank Negara. Takde kene mengena dengan aura Pak Hassan.

Lat punya exhibition. Pameran koleksi karya dato Lat. Kata member cuba menerangkan. Lat aku tau, kau pun tau. Tapi Lateracy tu amende ?

Jom: Lat's cutout.

Takde sapa pun kawan kawan aku boleh jawab sebab aku pun tak tanya sebetulnya. Cuma aku paham selepas opening event tu, LATeracy tu adalah..
..perkataan buatan sendiri gabungan dari nama LAT dan literacy - Financial literacy oleh LAT. Lat mengajak anak-anak sekolah berbelanja secara berhemah.

Sebenarnya sejak 1999 lagi dato Lat telah bergabung dengan bank negara Malaysia untuk kempen literasi kewangan. Jadi setelah sekian lama, BNM pun buat lah exhibition pasal bende ni.


Siri kekaguman dan keterujaan aku pada exhibition ni tak putus putus sejak aku sampai. First aku kagum apabila event ni start on time. Lepas tu aku kagum dengan kecanggihan dewan BNM ni. Ada microphone dan USB ke ape ntah kat seat masing-masing. Lepas tu aku teruja melihat Dr. Zeti sendiri rasmikan event ni. Lepas aku kagum dari jauh melihat dato Lat. Sambung lagi.. aku teruja dengan makanan yang dihidangkan post event. Lagi kagum melihat lemang. Dan last sekali kagum dan teruja dengan exhibition yang dipamerkan. Bukan sekadar-sekadar mempamer, tapi exhibition tu cantik dan well planned keseluruhannya.. Lighting pun cantik dan menarik.

Dikatakan pameran ini akan berlangsung sehingga bulan Februari atau Mac tahun depan. Masuk adalah percuma dan Sasana Kijang ni ada kat area Padang Merbuk.. Dan ohye, pameran dibuka pada orang ramai.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan