Khamis, 1 September 2011

Iklan Raya Haiya BidDoa


Belum terlambat. Selamat Hari Raya. Produk terbaru yang aku direct, Haiya BidDoa. Mari Berdoa dalam bahasa kita. Satu skrip yang sepatutnya Zara cuba sebut Maaf Zabir Matin.. eh.. Maaf Mazir Bahen.. Maher Batin.. err.. Maher Zain..!

Tapi mood pelakon Zara masa tu, adik Indah Batrisha Rostam, kurang baik dan aku tak nak push lebih-lebih.. takut menangis. Ini pun dah dirasakan catchy dan cukup pendek. Idea awal memang makan sampai 40 saat.
Kalau nak tengok lagi, fb.com/HaiyaBidDoa ada sedikit koleksi.
youtube.com/animationlogic pun ada video yang sama.
Kali ni, rendering telah berubah style dari siri Haiya BidDoa yang lain. Rendering kali ni dirasakan lebih cost-efficient dan "cantik pada mata kasar". Tapi teknikal bukanlah tujuan utama 'iklan' ini. Selain mempromosikan Haiya BidDoa, 'iklan' ini bertujuan untuk test market youtube users atau wargamaya. Berapa ramai yang nak kongsi, link, share dan embed iklan ini. Ucapan Ramadhan hari tu dah memcecah seribu lebih dalam masa sebulan - dalam masa 5 - 6 hari kalau tak silap. Iklan raya ni diharapkan amat bolehlah sampai belas-belas ribu dalam sebulan. Jadi, sokonglah usaha kami..
Haiya!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan