Khamis, 12 Ogos 2021

BOSTO BT-16HD (Bosto 16HD) Not Really Recommended

PENGENALAN
Beli Bosto BT-16HD ni April 2021. Si penjual friendly. Aku mintak jumpa dan test. Masa tu boleh keluar dah. Walaupun kes harian 1300 average.

15 - 16 inch ni ngam nak lukis. Besar sangat pun tak best.


SURVEY DAN RIKI
Survey online agak memuaskan. (But then again diorang unboxing dan test time tu je memang OK la)

So survey kawan-kawan:
Dua kawan kata 'Bosto OK'
Satu lagi cakap "Mungkin aku punya je kot masalah"
dan sorang lagi cakap "tak best la BOSTO."
Sorang lagi siap cakap "Jangan la. Beli XP Pen better."
Sorang penjual cakap "I ada XP PEN dengan WACOM saja. BOSTO sudah lama tak jual. Problem la."

Aku test. Memang pen dia tak detect lazy stroke aku. Ada video kat sini. Dan transition tebal nipis dia macam tak best. Maybe sebab aku pengguna Cintiq dulu, so dengan harga berbeza beribu ringgit, faham lah.

Tapi sebab BOSTO on sale, beza 400 - 500 dan aku pun sambar je la BOSTO 16HD ni.

Memang ada lah kekurangan pakai pen ni. Tak detect lazy stroke. tapi masalah kecik la. So aku pun melukis.

http://farizghazali.blogspot.com/2021/05/tak-kejut-sahur.html

http://farizghazali.blogspot.com/2021/04/katak-wow.html

Contoh lukisan la.


Member sorang cerita pasal masalah cable. \
BOSTO 16HD ni cable dia pun getah dia koyak dah.
And hampir setiap kali guna kena adjust sebab dia boleh hilang display.


EMPAT BULAN KEMUDIAN
Empat bulan kemudian aku upgrade MAC OS aku ke Big Sur. Aku test bukan on software, OK. Lepas tu aku install latest ADOBE, tak detect pen. Software aku ori.

Test kat WINOWS sama je..! Alamak.

Uninstall BOSTO apps, install balik, restart apa semua tak jadi.

Contact balik Si Penjual ni, dia layan. Setelah 40 minutes, dia jalan balik. On WINDOWS. Aku happy. Tengah tengah conteng-conteng sekali tetiba tak detect balik. Restart OK balik. 2 minit lepas tu out balik. Restart balik. OK. Out balik. Letih. Aku tidur.

WINDOWS bukan machine utama aku.


MAC PROBLEM
Mac pun sama. Buat habis dah semua. Tarik keluar HDMI, cucuk balik. Tukar pot semua try dah. Search dalam internet tak de. FB Bosto tak jawab. So aku email la. Alhamdulillah dia jawab.. in good english. (China ni 15 years ago english lintang pukang, susah nak communicate. Not now.)\

After exchanging 7 8 email and a few videos, pen aku working on MAC at almost 100%. Although masih tak boleh calibrate. Ntah kenapa. Cina tu pun tak tau. dengan alasan terakhir ;maybe you need to change your pen"


CONCLUSION
Aku tak recomend BOSTO. Satu pasal tak lasak, dua pasal sensitivity pen dia pelik sikit. Usha tengok WACOM One. kalau ada review peribadi PM aku.

Aku pakai Cintiq kat ofis setelah 4 5 tahun rosak jugak.

Wacom Intuos kecik ni sampai sekarang aku dok pakai. Nais.
Covid Cola ni pakai intuous tu le.

After sales di Tanah Air dan di Cina surprisingly good. Dia tak offer nak ganti apa-apa la. Tapi dia bantu laju dan segera.


End

PS: COVID cases cecah 20K seminggu ni.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan