Isnin, 2 November 2020

MCOw - My Creative Opinion

My Creative Opinion Webinar atau MCOw (jangan pronounce em-COW ye) adalah satu siri webinar fakulti animasi & multimedia yang berlangsung July lepas. Uniknya, the series of talk menampilkan practicioners, professionals yang muda mudi.. as opposed to kebanyakkan webinar university lain yang bercakapnya adalah prof tua-tua dan Dr (PhD) uncle-uncle. Ha! Joke aside, it is very refreshing to see young enthusiast.

Aku simpan poster di sini buat kenangan.





OK banyak lagi poster bawah ni..

Selasa, 11 Ogos 2020

Research vs Kajian



 Hari tu kecoh dalam medsos pasal kebaikan pokok lidah buaya. Pokok ni bercambah-cambah kat laman rumah aku. Aku aware yang keviralan itu pernah terjadi 7 tahun lepas. Sebab aku pernah buat garage sales dan pokok tu terjual.

Harga pokok tu melambung dalam toko-toko onlineDemand ada. Sampai cecah ratus dengar-dengarnya. Kelebihan dan kebaikan disenaraikan. Research dan kajian menggalakkan diletakkan sebagai indoor plant.

Seperti kebanyakkan reseach viral, selang beberapa minggu akan keluarlah pulak counter statement yang mengatakan bende ni bahaya. Racun! Kajian telah membuktikan.

Setakat sebulan dua ni aku dah baca pasal bahaya Vics dan minyak cap kapak bahaya kalau sapu pada hidung anak-anak. Kajian terbaru manyatakan santan is good. Santan bukan setan. Kajian menunjukkan terdapat kencing lembu dalam rempah kari. Reseach membuktikan corona virus boleh air borne selama 8 jam.

So siapa Encik Reseach dan Dr Kajian ni sebenarnya?

Khamis, 26 Mac 2020

Kartunis Tembakau | Sejarah Animasi Malaysia | 01 Pengenalan


Aku pernah bersama Kidol, menemuramah Arwah Tembakau. Ataupun Yon. Member lain panggil Yon aku pun ikut la. Sebab nama Tembakau ni bukan sedap nak bawak sembang. "Eh, kau dapat tak whatsapp aku Tem?" Kan ke tak sedap bunyinye nak panggil dia Tem.

Nak panggil Bakau pun tak best gak. So aku ikut la si Wanji panggil dia Yon, aku pun panggil dia Yon. Aku tak boleh claim aku rapat dengan Yon. Aku kenal dia time direct animation dulu. Pak Lan introduce. Aku buat series. Dia freelance board artist aku. Dan normanya board artist akan dipanggil untuk seisi briefing sebelum board dijalankan. Dan normanya juga, sesi (seisi atau sesi?) briefing ini banyak berasap dan berbual gelak dan berangan idea dari briefing. Ye la, apa nak kau brief kan seorang yang drama di dalam kepalanya, camera angle di pandangan akalnya dan stroke master di hujung jarinya?

Aku tak boleh claim aku rapat dengan Yon tapi last aku jumpa dia time ni (sesi interview ni), dia cakap bersungguh sungguh pasal projek terkini dan masa depannya. Dan dia sekali dua cakap 'aku cuma harapkan Allah bagi aku kesihatan je untuk dapat buat bende ni'. Aku paraphrasekan. Salam last itu pun masih lagi keluar pasal harap Allah terus sihatkan dia. Aku ingat jelas, aku dan Kidol literally was left terbingung kejap lepas Yon blah. Aku pusing kat Kidol. 'Dia sakit ke?' Tidaklah Kidol pun mendapat apa jua khabar berita.

Last Yon whatsapp aku sebelum puasa. Hal kerja. Awal Ramadhan tu aku ada 'usik' dia kat FB dan tak tersahut. Lepas tu diberitakan masuk hospital. Kidol ajak aku ziarah. Kami pergi dan nampak dia dalam keadaan tidak sedar diri. Kidol sembang dengan Mrs nya dan aku hanya tukang dengar. Cuti raya tu tiba-tiba dapat berita dia dah takde. Aku yang sedang peluh membersihkan laman tergamam masa wife aku sahut dari dalam rumah.

Aku tak boleh claim aku rapat dengan Yon tapi aku sangat kagum dengan artistiknya. Kalau kalian kagum dengan Tembakau kerana lukisannya, aku lebih kagum dengan storytellingnya dalam penulisan-penulisan pendek di blognya dulu. Atau dengan tujuh lapan ayat indah dalam FBnya .Baik orangnya.

Semoga rohnya berada dikalangan orang beriman.

Khamis, 6 Februari 2020

Penilai Luar PIA College


Merupakan penilai luar bagi PIA College, Ipoh.
Satu persembahan menarik pelajarnya.
6 Feb 2020
Sebelum PKP

 

Isnin, 3 Februari 2020

How To Change Picture in Power Point (Mac Apple)

I got into this messy situation. It should be simple, but it was not there. So here's a how to.
To change a picture to another picture in Microsoft Power Point ppx.

1. Right click on the picture > Format Shape.
2. in the Picture or Texture tab choose Choose Picture
3. Done!
Step numero uno.

Langkah ke dua