Maka pada tahun 2012 bersamaan 1433 Hijrah aku dah ada banyak sikit koleksi angpow. Mungkin aku dah sedar yang aku collector santai sampul raya.
Di sini disertakan 15 design sampul raya.
Sampul Raya AEON yang disertakan sekali tarikh sambutan
- 1433 Hijrah.
Sampul Raya Affin Bank yang designnya boleh ditile.
Al Rajhi Bank yang mengekalkan konsep rekaan dan tema warna tahun lepas.
Cantik - pinggan seramik lukisan tangan dengan diameter 36cm dari Uzbekistan.
Cuma boleh dipersoalkan kenapa dari Uzbek dan bukan local?
corak mirip kain batik lepas beserta corak kepalanya |
JRI Resources mungkin syarikat perkapalan dan seumpamanya. Aku menulis tanpa sampul raya asal di tangan, maka aku juga rujuk gambar. Dan disertakan hadis pada sampulnya.
Good idea, tapi tidak terikut oleh ramai.
Maybank ini pernah terima tahun 2010 dulu, namun muncul lagi dalam
koleksi 2012. Ada yang pakai tak habis 2 tahun.
Rekaan dari Petronas yang cantik menggunakan kartun.
Tidak pasti samada ini dari kartunis terkenal atau cartoon dari designer sendiri.
Smart & Elegence dari JP Morgan.
Tesco ada dua versi. Mudah dan ringkas dan dipercayaai murah,
dan satu lagi lengkap bersama line-up artist terkenal.
Design dari UiTM bersama sedikit kempen, mungkin juga propa.
Selesai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan