Ahad, 17 Jun 2018

Koleksi Sampul Raya 2010

Kebarangkalian hobi ini bermula dengan tidak sengaja amatlah tinggi. Tapi diteruskan dari tahun ke tahun dengan harapan boleh satu hari nanti menyumbang kepada research phd sendiri, atau dimanafaatkan untuk research orang lain.

Koleksi sampul raya tahun 2010 sikit. Ada kemungkinan sebahagian dikeluarkan pada tahun sebelumnya tapi dapat kat anak aku tahun 2010, maka aku dokumentasikan sebagai Koleksi Sampul Raya 2010.

Angpau Bank Islam

Rekaan Sampul Raya Jusco 2010
Pasaraya AEON yang terkenal sekarang dahulunya dikenali sebagai pasaraya Jusco - Jaya Jusco sebelum-sebelumnya. Jusco memangpun merupakan pasaraya dibawah syarikat AEON. Jusco di Malaysia kemudiannya melalui proses penjenamaan semula pada Mac 2012. Sampul raya Jusco bercorak ala batik lepas ini meletakkan kedua-dua logo AEON dan juga JUSCO serta servis maxValue pada design sampul rayanya.

Sampul Raya MAA Takaful.
'Angpau' MAA Takaful bermutu tinggi, dengan finishing cetakan Spot UV. Sayangnya aku ambik gambar sambil lewa maka hasilnya tidak cantik. Menampakkan rekaan rumah melayu dan tulisan ala
khat 'Aidilfitri' dimana A nya adalah sebahagian dari bumbung rumah itu. Sebelum itu adalah perkataan 'Selamat Hari Raya'. Saya jangkakan ia bertujuan menghasilkan satu ayat penuh Selamat Hari Raya Aidilfitri. Agak amatur rekaannya. Nevertheless, pemilihan warna, jenis kertas serta finishing yang mahal menyelamatkan design ini keseluruhannya.

Dibelakangnya ada  logo Gemilang Empire bersama MAA Takaful. Apa itu Gemilang Empire aku tidak banyak research dan tidak banyak tanya. Mungkin ada pembaca yang mahu berkongsi maklumat, silakan.


Sampul Raya Maybank tahun 2010
Tahun 2010, aku menerima 2 jenis sampul dari Maybank. Yang ini ada satu logo khas menyambut jubli emasnya pada tahun semasa. Manakala satu lagi simple 2 colour print hijau dan gold.


Sampaul Raya Petronas 2012
Petronas pada tahun ini menggunakan design direct to the point.. Effective namun bila diteliti nampak seolah design ini datang dari hasil mesyuarat ahli-ahli koprat yang bersikap 'I pay I get to Decide' dan 'Aku Juga Nak Kasik Pendapat dalam Meeting ini Agar Nampak Pandai dan Menyumbang'. Kita maklum Petronas sentiasa professional dalam penerbitan umumnya. Mereka meletakkan kepercayaan pada orang kreatif. Iklan mereka, baik cetak mahupun di media skrin, amatlah menarik. Aku ingin tekankan penggunaan Effective dan seolah pada awal ayat tadi.

Design sampul raya 2010 mereka ada gerbang Moorish (Islamic), ada KLCC dan ada Masjid Asy-Shakirin. Tepat. Sudah.


Seperti juga Maybank tadi, saya dapat 2 jenis sampul raya dari UiTM tahun ini. Pertama, sampul yang direka oleh Jabatan Komunikasi Koprat nya. Menggunakan warna warna kopratnya dan bentuk geometrik menghasilkan ilusi corak beralun. Dibelakangnya ada tertulis Entrepreneurial University of the Year mempromosi kejayaan UiTM.


Dan satu lagi adalah sampul raya yang direka dan dicetak oleh Jabatan Teknologi Percetakan, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Shah Alam. Designnya lebih menarik dengan pemilihan skima warna yang lebih 'mahal'. Rekaan sampul ini continuous ke bahagian belakangnya. Pada bahagian bawah adalah logo UiTM dan logo School of Design senditi.

Selesai.

Sampul Raya 2011



Tiada ulasan:

Catat Ulasan