Hilang Tak Berganti merupakan satu terbitan sempena Pameran Terbuka Potret & Karikatur P.Ramlee yang dianjurkan oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Buku ini bukan sahaja berhasrat menonjolkan hasil seni tampak yang terpamer, tetapi juga hasil penulisan yang berkenaan.
Allahyarham Tan Sri P.Ramlee merupakan seorang tokoh seniman agung yang dikenali bukan sahaja melampaui negara ini malah merentasi masa dan zamannya. Filem-filemnya evergreen dan turut diminati anak-anak muda zaman ini. Karya P.Ramlee bukan sahaja mendokumentasikan masa dan isu zaman itu, ia juga adalah satu kritikan masyarakat secara halus dan santai. Ia menerapkan unsur moral, akhlak dan kemasyarakatan. Walau bagaimanapun, dengan zaman kian berubah, high speed internet, movies on your palm dan hiburan skrin dari luar nan-makin mudah dicapai, rasa khuatir karya-karya agung P.Ramlee akan luput, tetap ada. Usaha patut diambil, walau sekecil manapun, agar filem dan kenamaan P.Ramlee tidak luput. Harapnya, buku ini dapat mengangkat martabat P.Ramlee - sekali lagi, agar tidak lenyap ditelan zaman.
Ketokohan P.Ramlee dalam seninya semestinya menjadi inspirasi pada pelajar-pelajar seni negara ini amnya dan khususnya pada pelajar-pelajar seni ASWARA sendiri. Sepaling tidak, buku ini juga merupakan tanda terima kasih pada Karyawan Agung Tan Sri P.Ramlee sendiri.
Editor.