If you read english and not Bahasa Melayu, you might want to go here:
http://farizghazali.blogspot.my/2015/07/penang-street-art.html
Penang Street Art. Kat Armenian Street. Aktiviti cuti sekolah bagi mereka yang seronok dengan bende art tak art ni dan yang seronok peluh tak peluh. Beberapa tips dan cerita nak dikongsi. Artikel ini ditulis pada 3hb Ogos 2015.
1. Terletak beberapa km dari padang kota, area ni area rumah kedai lama yang 20% nya telah berubah bisnes kearah bisnes pelancongan. Hotel, batik shop, cenderahati dll.
3. Ada map percuma. Pandang-pandang kedai dan gerai dan tapak jualan cenderahati. Diorang boleh bagi map percuma. Tapi aku dapat map lama hari tu. Bila aku mintak mamat ni tengokkan baru dia perasan map tu map lama.
4. Sewa beca. Rate dalam RM35 satu jam. Sebab tempat artnya agak bersepah dan bukan setempat, apek beca lagi fasih. Kuranglah masa terbuang kerana terkial-kial baca map. Basikal dalam RM8 dan yang berbakul depan dalam RM10. Ah-so yang aku sewa tu kasik pakai sampai jam 2 atau 3 katanya. 3 - 4 jam jugak la. Aku berbasikal sementara anak dan isteri berbeca.
Kepelbagaian basikal. |
Bukan selfie, bukan membaca - mengambil gambar. |
5. Beca atau basikal custom made ni agak mahal. RM80 for two hours. Ada yang kecik sikit RM60 for two hours. Mahal ! Tapi memandangkan bende ni unik dan ramai keluarga ambik, kena lah book awal. Call atau datang awal. By the time kami nak cari, dah jam 11 pagi, dah habis.
6. Bawak air meneral. Camera make sure charged full.
7. Ada masjid berdekatan untuk solat.
8. Selamat berchuti !
sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan