Sabtu, 11 Julai 2015

Saya Juga Seorang Cikgu

"Nak makan apa Cikgu ?" tanya tuan punya cafe kat Aswara.

Sejak menjejak lingkaran umur yang confirm umur-umur ayah, dah banyak gelaran orang bagi aku. Abang- standart dan selalu. Tuan- bila orang yang kita berdepan agak terlalu sopan. Encik- hal ehwal rasmi dan panggilan student. Sir- panggilan student juga. Haji- bertegur sapa di surau-surau. Dan banyak lagi la..

Tapi bila dipanggil cikgu, aku toleh lebih sikit. Satu gelaran yang megah rasanya. Walaupun belum layak, tapi rasa megah.


Sketchbook lama-lama.
Aku sekarang sedang mengajar 3D di ASWARA. Sejak tahun 2015.

Aku juga sedang mengajar sambilan di Kolej Teknologi Alpha. Interaktif. Sejak 2014.

Aku pernah, selama 2 tahun dari 200, mengajar di KBU International. Ajar Graphic.

Dan sebelum itu aku mengajar secara sambilan di CENFAD, KL. Figure drawing dan textile design. Sepatutnya textile design saja. Tapi ketua kursus tu tengok sketches aku masa interview dan terus menawarkan satu lagi subject.

Di celah Cenfad dan KBU, aku pernah berbengkel dan ber-short course dari UKM ke Guthrie Melaka. Dan beberapa tempat lain yang aku pun tak boleh recall. Aku mengajar 3D.


Jadi, selain seorang pengarah animasi, saya juga seorang cikgu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan