السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (Rabu. 13 S'ban 1435H)
Istiqbal Ya Ramadhan !
Sudahkah anda melakukan persiapan diri untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan? Agar Ramadhan kali ini benar-benar memiliki nilai yang tinggi dan dapat menjadikan kita menjadi orang yang bertaqwa selepas melalui madrasah dan tarbiyyahnya. Kerana Allah SWT pastinya mempunyai KPI dan IS0 untuk menerima ibadat puasa hamba-Nya. Oleh itu, bagaimana cara kita menyambut Ramadhan untuk menjadikan Ramadhan tahun ini yang terbaik? Apa yang mesti kita persiapkan?
PENCERAHAN :
1) Sambut dengan kegembiraan. Yahya bin Abi Katsir meriwayatkan bahwa orang-orang salaf terdahulu selalu mengucapkan doa :اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبَ وَ شَعْبَانَ وَ بَلِغْنَا رَمَضَانَ
"Ya Allah berkati bulan Rejab, bulan Sya'aban dan sampaikanlah umur kami pada bulan Ramadhan". Sampai kepada Ramadhan adalah kebahagiaan yang luar biasa bagi mereka. Tidak menghairankan jika Nabi SAW dan para sahabat sendiri menyambut Ramadhan dengan senyuman, dan meninggalkan Ramadhan dengan tangisan.
2) Sambut dengan ilmu. Puasa Ramadhan merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim. Ibadah puasa mempunyai ketentuan dan aturan yang harus dipenuhi agar sah dan sempurna. Sesuatu yang menjadi prasyarat suatu ibadah wajib, maka wajib memenuhinya dan wajib mempelajarinya. Tahu tentang perkara-perkara yang boleh membatalkan pahala puasa bukan tahu perkara-perkara yang membatalkan puasa saja.
3) Sambut dengan doa. Bulan Ramadhan selain merupakan bulan kenikmatan beribadah, juga merupakan bulan jihad. Jihad melawan hawa nafsu, Jihad untuk menggapai kemuliaan malam lailatul qadar dan jihad-jihad yang lainnya. Keterbatasan manusia mengharuskannya untuk selalu berdoa agar melalui bulan Ramadhan dengan jayanya.
4) Sambut dengan azam. Tekad yang matang untuk mengisi Ramadhan. Niat dan azam adalah bahasa lain dari planning atau perencanaan. Orang-orang soleh terdahulu selalu merencanakan pengisian bulan Ramadhan dengan cermat dan optimis. Berapa kali dia akan mengkhatamkan membaca al-Quran, berapa kali solat malam, berapa akan bersedekah dan memberi makan orang berpuasa, berapa kali kita menghadiri pengajian dan membaca buku agama. Itulah keazaman yang benar mengisi Ramadhan, bukan hanya sekadar merancang menu untuk berbuka puasa sahaja, tapi lebih untuk meningkatkan kualiti ibadah di bulan Ramadhan.
5) Sambut dengan roh dan jasad. Rasulullah SAW dan orang-orang saleh tidak pernah menyia-nyiakan keutamaan Ramadhan sedikitpun. Rasulullah dan para sahabat memperbanyak puasa dan bersedekah pada bulan Sya'ban sebagai latihan sekaligus tanda kegembiraan menyambut datangnya Ramadhan. Anas bin Malik r.a. berkata, "Ketika kaum muslimin memasuki bulan Sya'ban, mereka sibuk membaca Al-Quran dan mengeluarkan zakat mal untuk membantu fakir miskin yang akan berpuasa."
Dengan latihan berpuasa sunat di bulan Sya'aban ini tiadalah lagi istilahnya 'Puasa yang-yuk, pagi-pagi buka periuk'. Kerana 'practice makes perfect' ! Rasulullah SAW memperbanyakkan berpuasa sunnah pada bulan Sya'ban, Kecuali selepas 15 Sya'abanDalam sebuah hadits disebutkan :
أَخْرَجَ النَّسَائِيُّ وَأَبُو دَاوُدَ وَصَحَّحَهُ اِبْن خُزَيْمَةَ عَنْ أُسَامَة بْن زَيْدٍ قَالَ " قُلْت يَا رَسُول اللَّه لَمْ أَرَك تَصُومُ مِنْ شَهْر مِنْ الشُّهُور مَا تَصُوم مِنْ شَعْبَان ، قَالَ : ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاس عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَان ، وَهُوَ شَهْر تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَال إِلَى رَبّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ " فتح الباري لابن حجر (باب صوم شعبان)
Usamah bin Zaid pernah bertanya kepada Rasulullah SAW. Katanya: "Ya Rasulullah, saya tidak melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan yang lain sebanyak puasa di bulan Sya'ban ini? Baginda menjawab: "Itulah bulan yang dilupakan orang, antara Rejab dan Ramadhan, bulan ditingkatkannya amal perbuatan kepada Allah SWT Rabbul 'Alamin. Dan aku ingin amalku diangkat sedang aku dalam keadaan berpuasa." (HR : An-Nasa'i).
6) Sambut dengan kewangan. Persiapan kewangan di sini tidak dimaksudkan untuk membeli juadah berbuka dan sahur yang mewah dan mahal bahkan kerap berlaku pembaziran. Tapi diperuntukkan untuk merebut ibadah sedekah dan infak. Bulan Ramadhan merupakan Shahrul Jud (bulan kebajikan). Sangat dianjurkan memberi santunan kepada orang lain, betapapun kecilnya. Pahala yang sangat besar akan diperolehi kerana memberi kepada orang lain yang sedang berpuasa, sekalipun sekadar sebiji kurma dan seteguk air.
Sehubungan itu, Ust Kay dengan berbesar hati ingin menjemput CCUK Frenz untuk hadir ke Majlis Istiqbal Ramadhan bersama Syeikh Nurudin Marbu Al-Banjari Al-Makki di Masjid Darul Falah, Kampung Bukit Hijau, Jeram Selangor pada hari Ahad,15 Jun 2014 selepas Solat Maghrib. Ayuh kita sambut Ramadhan dengan ilmu...
KESIMPULAN :
Selain Shahru Ramadhan dikenali sebagai Shahru Siyam, Ramadhan juga dikenali sebagai sebagai Shahru Al-Mubarak, Shahru Al-Maghfirah, Shahru Al-Quran, Shahru 'Id, Shahru Jud, Shahru Rahmah, Shahru Sabr dan macam-macam lagi. Cuma perlu dielakkan pada bulan Ramadhan ialah Shahru Khan. Wallahu a'lam - Tunggu CCUK dalam bentuk buku terbitan Karangkraf, insya Allah tak lama lagi ! Ukay's.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan