Ahad, 25 Mei 2014
Isnin, 5 Mei 2014
Cuit - Cuit Ust Kay: Penat vs Rehat
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (Isnin, 5 Rejab 1435H)
Penat Vs Rehat !
Pada suatu hari, Saidatina Fatimah r.anha mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib r.a tentang kesakitan pada tangannya kerana terlalu letih gara-gara menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali r.a berkata "Ayah kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu".
Rasulullah SAW tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangan baginda itu. Baginda bersabda "Apakah kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripada ku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah Subhanallah 33 kali, bertahmidlah Alhamdulillah 33 kali dan bertakbir Allahu Akbar 33 kali. Ia lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam"
PENCERAHAN :
Inilah penawar ringkas yang Nabi SAW ajarkan kepada anak dan menantu baginda bagi meringkan keletihan dan kepenatan daripada kesusahan hidup mereka berdua.
Penat atau letih kita semalam, hari ini atau esok alangkah beruntungnya sekiranya kepenatan itu dikira sebagai satu ibadah. Kata-kata yang mudah tapi payah melakukannya.
Entahlah mengapa semenjak dua menjak ini Ust Kay mudah tersentuh dan hati ini mudah terharu.. Mungkin juga, bila Ust Kay melihat betapa hebatnya sahabat-sahabat yang telah banyak mengorbankan masa, tenaga, wang ringgit dan segalanya untuk jalan dakwah ini. Semuanya all out ! Ke sana…dan ke sini, untuk menyentuh hati-hati mad’u yang sangat dahagakan ilmu agama.
Menyaksikan sendiri kegigihan seorang sahabat sejati berdakwah di bumi Keningau Sabah tanpa mengenal erti penat lelah misalnya, menjadikan hati ini rasa cemburu dan malu. Cemburu kerana sahabat itu mampu berdakwah sehebat itu, sepenat itu dan malu kerana tak mampu melakukan perkara yang sama. Kenangan Ust Kay meninggalkan bumi Sandakan satu ketika dahulu setelah berdakwah pagi, petang dan malamnya kini terbit pula rasa kekesalan di hati. Di saat mad'u dahagakan rohani, da'ie pula meninggalkan pergi... satu kampung mengiringi !
Dalam berdakwah, baginda Nabi Muhammad SAW tidak pernah berehat ! Maka apa pula hak kita, sebagai orang yang mengaku ummat Nabi SAW, untuk berehat? Untuk bersenang lenang? Untuk bermain-main dan berseronok-seronok dengan keluarga atau berpeluk tubuh sahaja.
“Wahai hamba yang dhaif, Allah Ta'ala akan menilai penat lelah mu yang sedang berusaha di jalan dakwah. Majulah. Jangan gentar dan jangan menyerah. Allah pilih kita bukan kerana kitalah yang terbaik. Tetapi sebenarnya Allah memilih kita untuk memberi peluang kita membaiki diri sendiri. Majulah, sahabatku... majulah !” Pujuk hati ini bermonolog sendirian..
Allah itu tujuan kita, kan? Syurga itu dambaan kita kan? Sahabat-sahabatku, bukankah syurga itu indah ? Susah-susah kita di dunia ini, ini bukanlah tempat kita. Jadi, teguhkanlah hati mu walau rasa tak larat sekali pun. Senyumlah para pendakwah sekalian. Senyumlah... ke arah syurga yang sedang kita usahakan ! Bukankah janji kita mahu berjumpa semula di sana nanti? Bukankah kita mahu berehat dan bersantai di syurga? Jadi kenapa mahu mengalah? Ayuh kita teruskan dakwah ini...
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."
(QS. Al-Inshirah : 5)
KESIMPULAN :
Sempurnanya tarbiyah hanya apabila kita boleh menjadi murabbi, mendidik dan membentuk manusia kepada Allah. Sempurnanya dakwah hanya apabila kita boleh menjadi da'i, mempunyai mad'u dan melaksanakan akitiviti menyeru manusia kembali kepada-Nya. Sempurnanya jihad hanya apabila kita boleh menjadi mujahid yang tidak kenal erti penat dan jemu berjuang sebagai dai'e dan murabbi dengan penuh sabar dan sedia berkorban.
Wallahu a'lam - Pilih penat didunia rehat di akhirat atau rehat di dunia penat di akhirat? Ust Kay.

Langgan:
Catatan (Atom)