Jumaat, 30 November 2012

Jaki & Beego: Worst Best Friend


Jaki dan Beego asal dari siri Katak Oh Katak arahan animasi 3D pertama aku. Bila mana masuk musim ke 2 dan 3 cerita kian matang sikit (sikit je) dan watak-watak dah bertambah. Masa tu Emielza tulis skrip. Dan dia jugak keluarkan nama Jaki dan Beego ni. Watak nakal-nakal jahat.

Masa tu jugak, character design aku dah matang sikit (sikit je). Maka Jaki dan Beego adalah watak-watak yang tidak ter-control perwatakannya. Giginya tak sekata. Matanya besar sebelah, pakai baju lengan over panjang.. Si Beego pulak baju dan badan dah merge secara natural. Mana baju, mana badan mana seluar tak tau.

Beberapa tahun kemudian, watak yang over nakal ni secara semulajadi bagai meminta untuk berdiri sendiri dalam satu siri terasing dengan Katak Oh Katak yang skima dan sopan santun.

Aku pun create la Jaki & Beego - worst best friend.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan