Jumaat, 1 Februari 2013

Gastrik

Definasi
Gastrik dalam bahasa orang kebanyakkannya adalah sakit perut kerana tidak makan atau tidak betul makan. Atau tidak makan betul.

Tidak makan betul adalah makan tidak on time. Antara sebab, malas, banyak kerja dan tak lapar. Amalan makan bila lapar ini merbahaya rupanya. Terutama bila umur dah cecah 30an.

Ini juga satu penulisan pemikiran aku, bukan kajian, bukan himpunan kajian.



Rasa Sakit
Sakit perut gastrik boleh rasa gile sakit. Aku mengerang terbongkok-bongkok sekali tu. Makan pun muntah balik.

Juga boleh rasa sebu dan sakit. Sebu ni boleh tahan seminggu dua. Ini tanya kawan dan rasa sendiri. Bukan doktor cakap.

Bila gas gastrik ni dah naik ke atas, ia akan push paru-paru dan rasa sesak mengah-mengah. Anda belum ada sakit jantung, jangan panik (sangat). Sebu di ulu hati ini membuatkan aku jadi lebih diam dari biasa.



Ubat Gastrik
Gastrik boleh ambik ubat. Tanya doktor dan farmasis.

Juga boleh beraktiviti agar bergerak dan bergegar badan agar gas terkeluar. Aku bercangkul 3 jam dan rasa lega. Mungkin jugak sebab penat, jadi tak focus pada sakit.

Rasa sebu di ulu hati boleh lega sikit bila aku try goncang coke dan minum satu dua teguk cepat-cepat. Ini cara aku agak. Aku sendawa dan lega. Esok sebu balik.

Itu hari aku buat monitoring dan pemerhatian dan mendapati aku sakit perut selepas makan. So, mandey (turut cuba melacurkan bahasa) tu aku puasa sunat dan terus hilang sebu dan pelbagai.



Pencegahan
Makan on-time dan pelan-pelan. Dan sikit-sikit. Gastrik ni bukan penyakit orang tak makan, ni sakit orang makan banyak. Aku rasa la.

Aku dan sorang lagi member segastrik.

Sevastopol is Taken..?!! Me browsing the internet back in 1850s.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan