Khamis, 23 Jun 2016

Jurassic Cup Cake

Sketched on my sketchbook. A family of cupcakes. An animated series planned.
With no particular title, I asked my boy, "Fahad, what should we
call this?" 
There was a monster cake in the original design. After looking at that for a minute or so,
Fahad decided to call this as Jurassic Cup Cake.
So Jurassic Cup Cake it is.

Isnin, 13 Jun 2016

Ajep dan Filem Animasi Terbaik Asia Pasifik

Ajep bergaya Menteri Menafikan.
MARDI terletak di area Serdang, Selangor berdekatan UPM. Jalannya pun dinamakan Persiaran UPM-MARDI menandakan kewujudannya lama sangat dah di situ. MARDI merupakan satu agensi kerajaan yang fungsinya sekitar bidang pertanian dan penyelidikan. MARDI umum tahu, ada MAEPS. Satu tempat ekspo di Serdang yang dulunya terkenal kerana MAHA. Sekarang bukan sekadar MAHA, pesta buku, jualan raya, ekspo education, comic-con, fiesta tudung, bazar hipster pelbagai sudah dijalankan kat MAEPS. Namun umum tidak tahu, MARDI mempunyai seorang pegawai tadbir yang suatu ketika dulu merupakan award winning animator - regional level..!

Isnin, 30 Mei 2016

Kamera P.Ramlee

Sedang berlangsung di ASWARA sehingga pertengahan Jun adalah Pameran P.Ramlee 87 Dalam Kenangan. Aku bukan fan. Tapi menatap gambar lama dan barang dulu duluan satu passtime yang seronok. Dan lihatlah camera yang diguna oleh Allayarham Tan Sri P.Ramlee ini.



Barang-barang ini terpamer di Aswara sekarang. Difahamkan barang ini sebenar dalam simpanan

Khamis, 17 Mac 2016

Bagaimana Menilai Harga Sebuah Karya

Bersama Pak Yusof Gajah.

Satu talk yang melibatkan Pak Yusof Gajah, Zahuri Harun, Aris Aziz (PERUPA) dan Raduan Norudin (PERUPA) telah diadakan sehari dua lalu. Satu talk yang dibarisi orang-orang hebat dalam seni tampak tempatan. Maka ada soalan dari seorang pelajar pada Pak Yusof Gajah.

"Bagaimana satu karya atau satu painting itu dinilai dan diletak harga ?"
begitulah lebih kurang soalannya.

Satu karya itu dinilai menurut ego pembelinya.

Ringkas, tepat dan berpengalaman jawapan orang tua dunia seni tampak Malaysia !

Isnin, 29 Februari 2016

Seyogia: Ulasan Buku

Kelmarin aku berada dalam bas ke Johor. Sepanjang 5 jam perjalanan aku settle baca buku terbitan Lejen Press ni. Dua puluh ringgit beli dan habis baca dalam 5 jam. Bertahun tulis dan hanya dapat 10% dari royalti buku. Berbaloi ke? Aku berbaloi. Penulis aku tak tau la.

Novel Seyogia bersama ikan laga betina.

Aku sebenarnya tergolong dalam masyarakat yang “hanya melihat buku sebagai suatu objek atau alat yang mengisi masa lapang” menurut kata penulis Karl Agant. Dan kelmarin aku ada masa lapang di dalam bas.

Sinopsis cerita buku-buku publisher indie ni kadang-kadang merapu. Bukan sinopsis pun. Tajuk pun blur, cover pun takde indication dan sinopsis pun macam tak sinopsis. (Seadilnya kesamaran sinopsis tidak hanya tertakluk pada buku cerita dari publisher indie saja)

Aku beli atas dasar 'belasah je la..' Sebab dah maghrib, kena balik. Sebenarnya ada juga advantage dalam kekurangan sinopsis cerita publisher indie ni.  Kita baca tanpa tahu cerita, tanpa boleh agak ending. Kalau bernasib baik, happy lah semua. Kalau tak, bertambahlah lagi satu buku yang tak habis baca pada rak kat rumah.

Sinopsis Seyogia karya Amal Hassan ini pun agak tidak menjelaskan jenis buku dan expectation pada isinya. Dah habis baca, baca balik sinopsis tu baru faham. Aku yang slow rupanya.

Seyogia merupakan satu novel rintihan anak muda yang penuh masalah-masalah cliche. Tapi penceritaannya tetap menarik kerana ada twist sini sikit, sana sikit. Ada satu dua plot yang dirasakan over, ada satu dua tempat yang dirasakan perfect sangat. Penceritaannya agak meleret di tengah-tengah cerita tapi aku OK je. Style masing-masing.

Aku pun tak berapa tahu erti maksud Seyogia. Biasa dengar agaknya di kuliah masjid-masjid. Biasanya dalam kitab-kitab yang diterjemahkan zaman bahasa melayu lama. Dan macam pernah baca pada penulisan Gila-Gila dulu dulu. Entah.

Jengahan pada google memperjelaskan erti Seyogia. Selayaknya kata Dewan Bahasa. Selayaknya dia yang terpilih mewakili kami kaum nelayan – contoh.

Seandainya anda suka cerita pasal remaja-remaji ini, seandainya anda cenderung kepada cerita-cerita 'quite disturbing' (sepertimana abang aku describe buku-buku publisher indie) ini, silakan lah.